32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Singapura kembali ‘lockdown’ selepas 71 kes baharu dikesan

Mesti Baca

SINGAPURA yang mencatatkan kes Covid-19 sekitar dua angka telah melaksanakan lockdown atau perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan wabak itu di negara tersebut.

Memetik laporan media negara itu, perintah kawalan pergerakan hampir menyamai ‘lockdonw’ itu bermula 16 Mei sehingga 13 Jun berikutan peningkatan 48 kes pada minggu lalu kepada 71 kes minggu ini.

Walaupun jumlah kes di republik itu jauh berbanding Malaysia yang melebihi 4,000 kes harian, Singapura mengambil langkah segera dengan tidak membenarkan orang ramai makan di luar dan berjalan dalam kumpulan melebihi dua orang.

Berita Harian Singapura melaporkan, setiap isi rumah hanya boleh menerima dua pengunjung sehari, turun daripada lima orang sebelum kini.

“Tempat makan dan pusat penjaja hanya akan menawarkan khidmat penghantaran dan pembelian makanan bungkus dalam tempoh ini untuk mengurangkan risiko penyebaran,” lapor media itu memetik kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH).

Negara itu juga akan melaksanakan semula bekerja dari rumah manakala solat berjemaah boleh diteruskan dengan had lebih rendah seramai 50 orang pada satu-satu masa, atau hingga 100 orang dengan pengujian sebelum acara.

Menteri Pendidikan Encik Lawrence Wong dilapor sebagai berkata, langkah lebih ketat diperlukan kerana ramai orang awam telah mengunjungi Lapangan Terbang Changi dalam beberapa minggu lalu, dengan segelintir di kalangan mereka kemudian dijangkiti.

Beliau berkata, apa yang dikhuatiri adalah mungkin terdapat kes tersembunyi yang telah merebak ke masyarakat dan menambah kes tidak berkait telah meningkat.

Buat masa ini terdapat 46 kes dalam kluster Lapangan Terbang Changi, menjadikannya kluster aktif paling besar di Singapura.

Advertisements

Singapura mula bimbang dengan kluster Lapangan Terbang Changi yang menular dalam kalangan pekerja di satu zon yang menerima pengunjung dari negara yang berisiko lebih tinggi, termasuk Asia Selatan.

Lapangan terbang itu mengenal pasti trend tersebut setelah mengkaji 20 lebih jangkitan awal dalam kelompok lapangan terbang itu.

“Kebanyakan (jangkitan ini) malah berkumpul di sekitar satu zon,” kata Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ye Kung

“Ini adalah zon dengan tambangan jari (finger pier) yang menerima ketibaan (penumpang) dari negara berisiko lebih tinggi, termasuk Asia Selatan.”

Zon tersebut serupa dengan Wad 9D di Hospital Tan Tock Seng (TTSH), tempat beberapa orang pada mulanya didapati dijangkiti.

“Dari zon itu, pekerja pergi makan di kawasan komersial dan tempat makan di Besmen 2 Terminal 3, dan kami mengesyaki yang, dari situ, ia merebak ke orang awam yang mengunjungi tempat itu.”

Lapangan Terbang itu kini dibahagikan ke zon dengan tahap risiko berbeza di mana kawasan berisiko lebih tinggi dikenakan langkah lebih ketat.

Pekerja di zon berisiko lebih tinggi bukan hanya perlu memakai peralatan perlindungan peribadi penuh, tetapi juga perlu makan dalam kawasan itu.

Secara keseluruhan, 28 pekerja lapangan terbang telah disahkan positif Covid-19 sejauh ini. – Agensi

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan