27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 19, 2022

Ketupat lembik: Adabi mohon maaf, ambil langkah tukar beras

Mesti Baca

CYBERJAYA – Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) mengambil langkah menukar beras yang digunakan untuk membuat ketupat segera keluarannya selepas menerima rungutan orang ramai.

Menurut Adabi, pihaknya memohon maaf kepada pengguna yang mendapati ketupat segera keluarannya itu lembik selepas dimasak.

“Untuk makluman pihak Adabi telah mengambil langkah untuk menukar beras yang digunakan agar perkara itu tidak berulang.

“Adabi menghargai maklum balas dari pihak pengguna kami di luar sana dan segala kesulitan berkaitan isu kualiti ketupat itu amat dikesali,” kata kenyataan syarikat itu hari ini.

Sebelum ini tular menerusi media sosial seorang warganet yang telah lama menggunakan jenama tersebut mengadu ketupak yang dimasak menjadi lembik, tidak seperti selalunya.

“Ada tak sesiapa yang senasib dengan saya? Ketupat Adabi yang diberi dari sebuah pasar raya di sini lembik tak boleh nak potong… keruk dengan sudu, melekat tepek akt sarung plastik.

Berbelas tahun guna jenama ini, ini kali pertama jadi begini. Semalaman simpan dalam peti ais tetap lembik melekit,” kata warganet itu seperti mana ditularkan.

Baca juga:   Debat Anwar-Najib tiada kaitan dengan kerajaan

Susulan itu, Adabi menggesa pengguna yang membeli Ketupat Adabi dan mendapati ia lembik selepas dimasak agar segera menghubungi pihaknya melalui rangkaian media sosial Adabi.

Adabi boleh dihubungi menerusi laman web www.adabi.com atau melalui Facebook (Adabi Consumer) atau Instagram, adabi_consumer.

Baca juga:   MAIS lancar K-Guam, khidmat guaman percuma secara 'online'

Bagaimanapun kenyataan itu tidak menyatakan sama ada Adabi akan menarik balik Ketupat Adabi yang berada di pasaran atau membayar ganti rugi kepada pengguna yang terlibat. – Edisi 9

Terkini

Ustaz Kazim mohon bantuan cari penawar

PENDAKWAH bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim memohon bantuan orang ramai yang boleh mengubati...

Lagi Artikel Berkaitan