26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Singapura gantung laluan hijau timbal balik dengan Malaysia

Mesti Baca

SINGAPURA – Singapura menggantung aturan laluan hijau timbal balik (RGL) dengan Malaysia untuk tiga bulan bermula Isnin ini.

Jerman dan Korea Selatan turut tersenarai dalam pelaksanaan langkah yang dikuatkuasakan mulai 1 Februari itu.

Memetik laporan Berita.mediacorp.sg, langkah serupa turut dikenakan sebelum ini ke atas Jepun dan Indonesia pada Disember 2020.

Kementerian Ehwal Luar Singapura dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerajaan Singapura mengkaji semula secara tetap langkah-langkah kawalan sempadannya bagi menangani risiko kes jangkitan import dan susulan itu penyebaran dalam masyarakat dari para pelawat.

“Oleh kerana kes Covid-19 meningkat semula di seluruh dunia, Pemerintah Singapura akan menggantung aturan Laluan Hijau Timbal Balik dengan Jerman, Malaysia dan Korea Selatan, bagi tempoh tiga bulan bermula dari Isnin, 1 Februari 2021, 12.01 tengah malam.

“Pemerintah Singapura akan mengkaji semula aturan Laluan Hijau Timbal Balik di akhir tempoh penggantungan. Para pelawat yang sudah diberi kelulusan untuk memasuki Singapura di bawah Laluan Hijau Timbal Balik boleh terus berbuat demikian,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Kementerian Ehwal Luar Singapura  menambah, Pemerintah Singapura akan terus memantau situasi global dan menyesuaikan langkah-langkah sekatan sempadan untuk menangani risiko kes-kes import dan penularan dalam masyarakat.

“Sebarang perubahan pada langkah-langkah sempadan akan dikemas kini di laman web SafeTravel. 

“Para pelawat dinasihati supaya melungsuri laman itu untuk memeriksa langkah sempadan terkini,” katanya.

Singapura masih meneruskan laluan hijau timbal balik dengan Brunei dan bandar-bandar terpilih di China.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan