26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

35 penduduk Gaza terkorban akibat serangan ganas Israel

Mesti Baca

GAZA – Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan bahawa jumlah penduduk yang terkorban meningkat kepada 35 orang selepas rejim Zionis Israel membedil sebuah rumah di Tal al-Hawa.

Memetik laporan Quds News Network, mereka yang terkorban termasuk 12 kanak-kanak dan seorang wanita.

Setakat ini, seramai 220 orang awam dilaporkan cedara dalam serangan ganas secara berterusan oleh rejim Zionis Israel.

Tentera rejim bertindak di luar batasan perikemanusiaan dan mencabuli undang-undang antarabangsa dengan melancarkan serangan udara terhadap kawasan-kawasaan awam di Gaza.

Hamas melancarkan lebih 200 roket ke Tel Aviv dan Bir Sabe’ yang menyebabkan penduduk negara haram Israel dalam keadaan ketakutan.

Gaza Israel
Hamas melancarkan lebih 200 roket ke Tel Aviv dan Bir Sabe sebagai tindak balas terhadap serangan keganasan rejim Zionis Israel. – Gambar: Quds News Network

Walaupun sebahagian besar roket Hamas berjaya dipintas oleh sistem Iron Dome, beberapa roket berjaya melepasinya dan mengakibatkan kemusnahan serta kematian di sekitar Tel Aviv.

Serangan balas yang dilancarkan Hamas berikutan serangan rejim Zionis di Gaza telah menyebabkan kerajaan haram Israel menghentikan penerbangan di Lapangan Terbang Ben Gurion.

Briged al-Qassam dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 100 roket ditujukan ke Bir Sabe’ manakala 110 roket lagi dilancarkan untuk membedil Tel Aviv.

Pasukan elit Hamas itu turut memberi amaran, serangan serupa akan diteruskan sekiranya rejim Zionis Israel masih bersikap biadab menyerang kawasan penempatan awam di Gaza.

Briged Al-Qassam turut menggunakan dron untk menyerang sasaran ketenteraan rejim Zionis Israel. – Gambar: Quds News Network

Dalam perkembangan berkaitan, buat julung-julung kalinya, Briged Al-Qassam melancarkan dron untuk menyerang sasaran tentera rejim Zionis Israel di utara Gaza.

Bahan letupan yang digugurkan oleh dron tersebut ke atas sekumpulan tentera rejim Zionis Israel telah menyebabkan salah seorang daripada mereka cedera.

Serangan itu adalah seiring dengan tindak balas ketenteraan secara besar-besaran oleh Hamas terhadap Israel.

Lebih 600 rakyat Palestin di Tebing Barat dilaporkan cedera manakala dua lagi terbunuh akibat tindakan keganasan yang dilancarkan rejim Zionis sejak Jumaat lalu.

Sebelum ini, Hamas pernah memberi amaran kepada Israel bahawa pergerakan pembebasan Palestin itu tidak akan berdiam diri selepas tentera rejim menyerang umat Islam yang menunaikan solat sunat tarawih di Masjid al-Aqsa pada Jumaat terakhir bulan Ramadan.

Ia berikutan seruan yang dikeluarkan oleh Hamas agar pejuang-pejuang pembebasan Palestin di Gaza bersama-sama mempertahankan masjid ketiga paling suci dalam Islam itu.

Hamas turut menyeru rakyat Palestin khususnya yang berada di Tebing Barat dan wilayah yang diduduki rejim Zionis Israel sejak 1948 agar menziarahi Masjid Al-Aqsa pada malam ke-27 Ramadan dan tidak meninggalkannya sehingga Aidilfitri.

Pergerakan pembebasan Palestin itu turut memberi amaran kepada rejim Zionis yang sedang melakukan tindakan keganasan di Sheikh Jarrah dan Bal Al-Amoud.

Walau bagaimanapun, rejim Zionis Israel bersikap angkuh dan biadab apabila tidak mengendahkan amaran yang dikeluarkan Hamas dan berterusan bertindak ganas terhadap rakyat Palestin yang tidak bersenjata. – EDISI 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan