31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Sah, 2 wanita maut runtuhan struktur binaan SUKE

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Dua wanita berusia 40-an disahkan meninggal dunia dalam kejadian runtuhan jambatan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Desa Tun Razak menghala Ampang, petang semalam.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, kedua-dua mereka terperangkap di dalam van kilang yang dihempap runtuhan struktur binaan lebuh raya tersebut bersama tiga mangsa yang lain.

“Selain dua maut, tiga lagi mangsa iaitu seorang lelaki dan dua wanita mengalami kecederaan parah.

“Mangsa lelaki berusia 47 tahun manakala dua lagi mangsa wanita berusia 51 dan 54 tahun,” katanya.

Menurut Nordin, mangsa pertama dikeluarkan pada pukul 8.53 malam melibatkan lelaki yang juga pemandu van kilang berkenaan.

Keadaan van kilang yang hampir ranap dihempap struktur binaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) yang masih dalam pembinaan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Desa Tun Razak, Sungai Besi, Kuala Lumpur. – Sumber: Media sosial

Ujarnya, pada pukul 9.15 malam, mangsa kedua dikeluarkan dengan diikuti mangsa ketiga kira-kira dua minit selepas itu.

Dua lagi mangsa berjaya dikeluarkan pada kira-kira pukul 9.19 malam bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi kejadian.

Baca juga:   Ibu, anak maut dalam kemalangan babitkan lima kenderaan

Terdahulu, JBPM mengesahkan telah menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.58 petang.

Sementara itu, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd. selaku pemaju bagi projek SUKE berkata, kejadian runtuhan itu berlaku akibat rempuhan pada perancah pembinaan oleh sebuah treler

“Treler berkenaan yang membawa lebih muatan dikatakan telah merempuh perancah besi pembinaan menyebabkan ia runtuh.

“Treler itu juga tidak terlibat di dalam pembinaan lebuh raya SUKE,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca juga:   Hospital Medan HPP dijangka mula operasi hujung minggu ini

Pada September tahun lalu, seorang wanita berhadapan detik cemas apabila kereta yang dipandunya ditimpa batu konkrit dipercayai daripada pembinaan SUKE.

Kejadian berlaku di Lebuh Raya Lingkatan Tengah 2 (MRR2) berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menghala Ampang menyebabkan wanita terbabit cedera pada bahagian tangan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan.

Ekoran kejadian itu kontraktor utama dan subkontraktor projek lebuh raya tersebut dikenakan denda RM180,000 kerana gagal memastikan keselamatan di tapak binaan lebuh raya itu. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai kerana shiqaq

ISTERI bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam,...

Lagi Artikel Berkaitan