24.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 16, 2021

BIMB Investment lancar Dana Makmur myWakaf

Must Read

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh tak wajar lancar portal pekerjaan

CYBERJAYA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan amat terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur...

Kenaikan harga barangan masih terkawal – Alexander

CYBERJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati kenaikan harga barangan di seluruh negara adalah...

Perdana Menteri beri jaminan tiada PKP kali ketiga

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan tidak berhasrat melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali...
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – BIMB Investment Management Berhad (BIMB Investment) iaitu anak syarikat Bank Islam melancarkan Dana Makmur myWakaf (MWF) semalam.

Pengerusinya, Mohamed Ridza Mohamed Abdulla berkata, BIMB Investment merupakan syarikat pengurusan dana yang pertama untuk merancang dan membina sebuah dana unit amanah wakaf, dan dengan itu, memperkenalkan satu dimensi pelaburan baru ke dalam industri pengurusan dana di Malaysia.

Menurut beliau, MWF dilancarkan selepas penyelidikan dilakukan selama dua tahun.

“Produk ini mempunyai keunikan di dalam ciri-cirinya kerana ia menggabungkan prinsip-prinsip yang berasaskan syariah untuk kemajuan masyarakat.

“Selain kewangan sosial, tumpuan dalam penjagaan kesihatan, pendidikan dan pemerkasaan masyarakat sambil memberikan pulangan pelaburan bagi pelabur telah menjadikan dana ini benar-benar inovatif,” katanya dalam kenyataan media.

Mohamed Ridza menambah, BIMB Investment bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk Bahagian Pasaran Modal Islam Suruhanjaya Sekuriti (SC), Pusat Sosial Kewangan Bank Islam, Bahagian Perhubungan Strategik dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM).

Beliau berharap agar BIMB Investment terus memperkenalkan produk-produk yang menarik di samping usaha kami untuk mengembangkan lagi kewangan Islam.

MWF merupakan dana unit amanah wakaf yang pertama di bawah Rangka Kerja Dana Bercirikan Wakaf Suruhanjaya SC yang diperkenalkan pada 12 November 2020.

Ia juga dana pelaburan mampan dan bertanggungjawab di bawah Garis Panduan Dana Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab SC.

MWF adalah sesuai bagi pelabur yang ingin menyalurkan sebahagian daripada pulangan mereka untuk tujuan wakaf kepada masyarakat yang kurang bernasib baik di dalam sektor-sektor yang difokuskan di Malaysia.

Dana tersebut berpotensi untuk mengagihkan pendapatan bulanan, tertakluk kepada ketersediaan pendapatan dan menyalurkan 50 peratus pengagihan pendapatan untuk tujuan wakaf melalui inisiatif myWakaf AIBIM.

Laporan Aset Wakaf Pertengahan Tahun akan dipaparkan di dalam laporan interim dan tahunan dana, di mana pemegang unit akan dimaklumkan mengenai pengedaran Aset Wakaf.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holdings Berhad dan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, MWF merupakan bukti hubungan baik komuniti kewangan Islam dalam mengembangkan sebuah produk inovatif, yang selamanya akan mengubah landskap kewangan Islam.

Beliau memberitahu. pelancaran MWF adalah sejajar dengan visi dan misi Bank Islam dalam agenda kewangan sosialnya.

“Kini, dengan Dana Makmur myWakaf, semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada instrumen wakaf di dalam bentuk pelaburan dan pada masa yang sama menyumbang kepada pembangunan sosial dan masyarakat di seluruh negara.

“Yang paling penting, Dana Makmur myWakaf Fund menawarkan saham akhirat bagi umat Islam.

“Saya juga amat gembira dengan kerjasama bersama AIBIM di bawah inisiatif myWakaf Bank Negara Malaysia yang telah sama-sama membangunkan Dana Makmur myWakaf.

“MyWakaf AIBIM sebagai pentadbir dana wakaf akan memberikan pentadbiran yang profesional bagi wakaf untuk kepentingan masyarakat di seluruh negara,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Investment, Najmuddin Mohd Lutfi berkata, sebagai dana unit amanah wakaf yang pertama di bawah Rangka Kerja Dana Bercirikan Wakaf SC, MWF diwujudkan untuk mendorong pertumbuhan segmen kewangan sosial Islam tempatan.

Menurut beliau, langkah itu sejajar dengan matlamat BIMB Investment untuk meggabungkan objektif sosial ke dalam pelaburan runcit untuk memberikan manfaat kepada masyarakat.

“Kami percaya bahawa wakaf mempunyai potensi besar dalam membangunkan ekonomi dan menghasilkan kesan positif dan lestari secara keseluruhan terhadap ekonomi, komuniti dan persekitaran di Malaysia,” ujarnya.

Najmuddin menambah, MWF adalah sebuah dana dengan pelbagai mata wang, aset campuran global patuh syariah dan menyokong inisiatif Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC).

Beliau berkata, dana itu bertujuan menjana pendapatan melalui kepelbagaian portfolio pelaburan patuh syariah di pelbagai kelas aset di peringkat tempatan dan global.

|Kesemua sekuriti akan melalui pemeriksaan lestari dan ESG. Dana ini ditawarkan dalam RM, USD dan AUD dengan harga tawaran awal sebanyak 25 sen/cent seunit dengan pelaburan awal minimum sebanyak RM200, USD200 dan AUD200 sahaja,” katanya.

MWF ditawarkan untuk memberikan pendapatan melalui peruntukan aset yang taktikal dan gabungan daripada pelbagai portfolio patuh syariah tempatan dan global dengan pengagihan pendapatan bulanan, tertakluk kepada ketersediaan pendapatan.

Dana itu juga menggunakan pendekatan dari bawah ke atas untuk pembinaan aset yang disaring untuk kelestarian prestasi dan menggabungkan prinsip-prinsip United Nation Global Compact (UNGC) dan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

BIMB Investment adalah satu-satunya Pengurus Aset Islam yang disokong bank di Asia Tenggara yang menjadi pemateri Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab yang disokong oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPRI).

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai MWF, sila hubungi 1-800-88-1196 atau layari www.bimbinvestment.com.my. – EDISI 9

Latest News

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh tak wajar lancar portal pekerjaan

CYBERJAYA - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan amat terkejut dengan tindakan Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur...

More Articles Like This