36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Batu konkrit binaan lebuh raya jatuh, pemandu wanita nyaris maut

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berhadapan detik cemas apabila kereta yang dipandunya ditimpa batu konkrit dipercayai daripada pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), petang tadi.

Kejadian berlaku di Lebuh Raya Lingkatan Tengah 2 (MRR2) berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menghala Ampang menyebabkan wanita terbabit cedera pada bahagian tangan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan.

Kereta Proton Saga FLX yang dipandu wanita yang belum itu remuk pada bahagian bumbung selepas ditimpa kepingan konkrit berukuran satu meter yang jatuh dari ketinggian kira-kira 10 meter.

Mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam yang berada di tempat kejadian sebelum dihantar ke PPUKM.

Memetik laporan BH Online, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya, berkata identiti wanita terbabit masih belum diperolehi setakat ini.

“Wanita berkenaan cedera pada tangan dan dihantar ke PPUKM untuk rawatan. Tiada mangsa atau kenderaan lain terbabit dalam kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Nasib baik tiada penumpang di bahagian hadapan, kalau tidak lagi parah. – Foto media sosial

Katanya, kerja mengalihkan kenderaan terbabit mengambil masa kira-kira dua jam sebelum satu lorong di laluan itu yang terjejas akibat kejadian, dapat dibuka semula.

“Siasatan lanjut berhubung punca kejadian masih dijalankan oleh polis,” katanya.

Sementara itu, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd, pemaju projek pembinaan SUKE dalam satu kenyataan malam ini mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, pihak SUKE telah mengeluarkan arahan pemberhentian kerja serta-merta di tapak kejadian dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berwajib untuk melakukan siasatan.

“Segala kesulitan yang timbul dari insiden ini amatlah dikesali dan SUKE akan memastikan segala aspek keselamatan sentiasa diutamakan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa demi keselamatan semua,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan