29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Tarik balik portal bahasa Mandarin – Pemuda UMNO

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Inisiatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan portal dalam bahasa Mandarin dengan alasan memenuhi keperluan masyarakat Cina sama sekali tidak boleh diterima dan dianggap merendahkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, mereka memandang serius pelancaran portal itu oleh SPRM dengan alasan untuk memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat mengenai pencegahan rasuah dan perkara berkaitan suruhanjaya.  

 “Selaku salah sebuah institusi utama yang berperanan menjunjung dan mendaulatkan Perlembagaan Persekutuan, inisiatif SPRM ini juga jelas bertentangan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang menyebutkan ‘Bahasa Kebangsaan Hendaklah Digunakan Bagi Maksud Rasmi’. Dalam konteks ini umum mengetahui bahawa Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. 

“Adalah tidak wajar setelah 63 tahun merdeka, SPRM semacam bergerak le belakang dan menggandaikan masih ramai tidak faham bahasa Melayu sehingga terpaksa bertindak memperkenalkan portal berbahasa Mandarin.

“Justeru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menuntut agar pihak SPRM dapat mengambil kira suara hati rakyat Malaysia yang rata-rata mahu kerajaan dan pihak SPRM segera menarik-balik portal SPRM berversi Mandarin,” katanya di Facebook hari ini.

SPRM melancarkan portal dalam bahasa Mandarin, kelmarin yang dakwa suruhanjaya itu bertujuan memenuhi keperluan masyarakat Cina untuk mendapatkan maklumat tentang pencegahan rasuah dan perkara-perkara berkaitan badan tersebut.

Bagaimanapun, tindakan SPRM melancarkan portal rasmi berbahasa Mandarin itu mengundang kemarahan rakyat khasnya di media sosial.

Sejak kenyataan media pelancaran portal itu disiarkan, lebih 5,000 komen dan lebih 2,200 emoji marah terpapar pada hantaran Facebook SPRM itu.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan