27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 21, 2021

JBPM jejak semula Acap, jadikan ‘Acap Trail’ fokus pencarian

Mesti Baca

IPOH – Usaha mencari Mohamad Ashraf Hassan, 29, atau lebih dikenali sebagai Acap yang hilang secara misteri semasa menyertai acara larian Gopeng Ultra Trail (GUT) di Gua Tempurung, Gopeng, Perak akan diteruskan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Pencarian Acap yang hilang pada 23 Mac tahun lalu akan dilakukan melalui pelbagai cara termasuk yang terbaharu, latihan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) dari 19 hingga 23 September ini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Perak, Mohamad Yunus Abu, seramai 150 anggota bomba dan Pasukan Gerakan Am (PGA), melakukan latihan jalan lasak di laluan yang pernah dilalui mangsa sepanjang 25 kilometer yang mereka namakan Acap Trail.

ACAP hilang semasa menyertai acaraGopeng Ultra Trail pada 2019. – foto mStar

“Kita berharap melalui program ini atau latihan ini, kita dapat petunjuk baru berkaitan dengan kehilangan Acap.

“Setidak-tidaknya (kemungkinan), jika ada kemungkinan Acap ini terjatuh dan tertimbus oleh tanah, dalam tempoh satu tahun lebih ini, dengan faktor cuaca kita dapat menemui sebarang kemungkinan, kemungkinan baju atau kasut atau sebagainya untuk membolehkan kita meneruskan pencarian yang lain,” katanya yang dipetik Astro Awani.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menyertai latihan pasukan elit bomba, STORM di Gua Tempurung, di sini, hari ini.

Baca juga:   Aktiviti ekonomi, sosial dibuka semula di Kuala Lumpur jika…
Baca juga:   Pertembungan ahli politik Melayu tidak untung bangsa – Tok Mat
KEHILANGAN Acap kekal Misteri. – Foto ASTRO AWANI


Misteri kehilangan Acap pernah menggemparkan negara berikutan sehingga kini tiada sebarang jejaknya ditemui.

Pada 21 April tahun lalu, berita penemuan tulang manusia di Gua Kandu, Gopeng amat mengejutkan banyak pihak namun ia disahkan bukan tulang Acap selepas ujian deoksirinobukleik (DNA) mendapati ia tidak sepadan ahli keluarganya.

Selain pihak berkuasa seperti bomba dan polis, usaha pencarian mangsa turut dilakukan pelbagai pihak seperti kumpulan pendaki dari dalam dan luar negara.

Dalam pada itu, Mohamad Yunus berkata, latihan yang dijalankan itu juga bertujuan memperkemaskan lagi kemampuan teknikal, logistik dan komunikasi untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam yang sering berlaku ketika hujung tahun.

Menurutnya, 150 pegawai dan anggota bomba itu adalah dari negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Perlis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Majlis-majlis Pemulihan Negeri pastikan PPN dilaksana secara holistik

PENUBUHAN Majlis-majlis Pemulihan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing merupakan pendekatan terbaik bagi memastikan Pelan...

Lagi Artikel Berkaitan