36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Covid-19: Hong Kong henti penerbangan dari Malaysia

Mesti Baca


HONG KONG – Penerbangan antara Hong Kong dan Kuala Lumpur digantung serta merta selama dua minggu berikutan terdapat penumpang yang menggunakan laluan itu disahkan positif Covid-19.

Memetik South China Morning Post (SCMP), tindakan itu diambil Pihak Berkuasa Penerbangan Hong Kong selepas lima penumpang pesawat Cathay Dragon dari India yang transit di Kuala Lumpur Jumaat lalu, didapati positif virus itu.

Langkah itu sekali gus menutup laluan utama bagi warga negara India yang cuba kembali ke Hong Kong selepas terkandas selama beberapa bulan.

Menurut Jurucakap Cathay Dragon, pihaknya telah dimaklumkan oleh pihak kesihatan Hong Kong mengenai status lima penumpang berkenaan yang menaiki penerbangan KA734.


“Berikutan arahan Jabatan Penerbangan Awam, kami akan menggantung sementara perkhidmatan penumpang kami antara Kuala Lumpur dan Hong Kong, sehingga 3 Oktober ini,” katanya.

Cathay Dragon dalam pada itu berkata, penumpang yang terjejas dengan sekatan itu akan dikembalikan semula wang mereka, atau penerbangan alternatif.

Lima penumpang yang positif itu, terbang ke Malaysia melalui syarikat penerbangan Air India Express, sebelum menaiki Cathay Dragon.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan