24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kluster baharu Covid-19 di Pulau Pinang, libatkan lelaki tempatan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengumumkan satu lagi kluster baharu Covid-19 yang dikenali sebagai Kluster Ara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan di Pulau Pinang melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 44 tahun sebagai kes indeks.

“Kes indeks telah dikesan positif Covid-19 melalui saringan di pintu masuk antarabangsa (PMA) Sandakan, Sabah pada 15 September 2020 berikutan perjalanan beliau dari Semenanjung Malaysia.

“Berikutan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan satu kes positif dikenal pasti. Kes positif ini merupakan merupakan anak saudara kepada kes indeks.

“Kes dikesan positif pada 19 September 2020 dan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Noor Hisham berkata, sehingga 20 September, sebanyak 16 individu telah disaring.

Advertisements

Menurutnya, keputusan saringan adalah dua individu didapati positif manakala 14 lagi negatif.

“Langkah pencegahan jangkitan, termasuk proses nyah kuman dan pembersihan telah dijalankan di lokasi yang terlibat. Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan,Noor Hisham berkata, sebanyak 52 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan 36 daripadanya direkodkan di Sabah.

Ini sekali gus menjadikan Sabah kembali mencatatkan kes harian paling tinggi namun tiada kematian direkodkan.

Beliau menambah, daripada jumlah itu, 40 merupakan penularan tempatan manakala 12 lagi kes import. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan