25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Pelajar perempuan terima kejutan Pemangku Raja Pahang

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar perempuan tingkatan empat pada mulanya berhasrat memberikan ‘kejutan’ kepada Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Al-Sultan Abdullah, namun sebaliknya lain pula yang berlaku.

Pelajar terbabit, Nur Khairunnisa Mohd Yuhasli pada mulanya bercadang menghantar hadiah kepada Tengku Hassanal sempena ulang tahun keputeraan baginda ke-25 di perkarangan Istana Negara, tetapi tidak menyangka baginda berkenan berangkat menerima sendiri hadiah tersebut.

Menerusi video yang dikongsi oleh House of Pahang dalam twitternya hari ini, Tengku Hassanal menghampiri Nur Khairunnisa, 16, di kawasan letak kereta di luar pintu masuk Istana Negara sebelum berkenan menerima hadiah pemberian pelajar tersebut.

Baginda turut menyampaian sesuatu dipercayai sumbangan peribadi kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Permai itu sebelum berbual dan bergambar bersama keluarga pelajar berkenaan.

Advertisements

Kepada House of Pahang, Nur Khairunnisa berkata, dia sudah lama meminati Tengku Hassanal memandangkan baginda seorang yang amat baik, ambil berat mengenai rakyat dan gemar menyantuni rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Pemangku Raja Pahang sempat menyantuni adik Nur Khairunnisa serta keluarga dan bertitah supaya belajar rajin-rajin dan jadikan Allah SWT dan Rasulullah SAW sebagai idola,” kata ciapan itu.

Kemuliaan Tengku Hassanal itu mendapat pujian kalangan netizen dan menganggap baginda mewarisi keperibadian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah.

Seorang netizen, Smohni64 berkata, “I love kerabat diraja Pahang. Keluarga yang baik hati dan down to earth. Sangat humble.”

Aku Yeop pula berkata, “tuanku mewarisi keperibadian keturunan yang mulia, syabas tuanku. Patik bersyukur,”. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kebaya diiktiraf warisan kebudayaan tidak ketara UNESCO

MALAYSIA berjaya mendapat pengiktirafan untuk satu lagi elemen warisan kebudayaan tidak ketara iaitu kebaya sempena sesi ke-19 Intergovernmental Committee...

Lagi Artikel Berkaitan