25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024

Muhyiddin wajib mohon ampun, bukan berdiam diri – Puad

Mesti Baca

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajib tampil memohon keampunan kepada Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana membuat tuduhan yang serius terhadap Baginda.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, bekas Perdana Menteri itu tidak sepatutnya berdiam diri setelah membuat tuduhan tersebut ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru lalu.

Beliau berkata, bukan itu sahaja malahan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sepatutnya disiasat segera dan tindakan tegas mesti diambil.

“Tindakan Muhyiddin apabila mengheret nama Yang di-Pertuan Agong Ke-16 di Nenggiri keterlaluan. Kini ada 28 aduan polis dibuat terhadapnya.

“Jika diteliti rakaman yang viral ia mengandungi tuduhan yang serius seolah-olah Yang di-Pertuan Agong Ke-16 tidak adil. 

“Ucapan, “Tetapi entah macam mana YDP Agong waktu itu tidak ajak jemput saya ke Istana untuk angkat sumpah” amat jelas berbaur hasutan,” katanya hari ini.

Advertisements

Mohd Puad berkata, lebih serius apabila ucapan tersebut dibuat secara terbuka semasa kempen politik.

“Lima hari sudah berlalu. Muhyiddin membisu dan tidak mohon ampun. Sesuaikah dia jadi PM (Perdana Menteri) semula?,” katanya.

Malam tadi, Istana Abdulaziz mengeluarkan kenyataan Tengku Mahkota Pahang (TMP), Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan Muhyiddin kerana secara sengaja dan sinis memperlekeh serta mempertikai tugas dan peranan Al-Sultan Abdullah ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Titah baginda, sebagai bekas Perdana Menteri dan ahli politik veteran, kenyataan Muhyiddin itu memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat seolah-olah ayahanda baginda tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri Ke-10.

Baginda bertitah, kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga kelihatan tidak matang, menampakkan seolah-olah beliau masih tidak boleh menerima kenyataan yang beliau tidak dilantik sebagai Perdana Menteri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Mahkota: BN sekali lagi pertaruh calon Pemuda 

BARISAN Nasional (BN) sekali lagi menpertaruhkan wakil Pemuda UMNO sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan