29.7 C
Kuala Lumpur
Monday, September 9, 2024

Fitnah sesuka hati: SPR digesa laksana peraturan lebih cekap

Mesti Baca

PEMUDA UMNO Terengganu menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan peraturan pilihan raya lebih cekap bagi mengelak pemimpin politik melemparkan fitnah sesuka hati.

Ketuanya, Tengku Haphiz Tengku Putra berkata, SPR tidak seharusnya membiarkan mana-mana pemimpin politik berbual dan melemparkan tuduhan sehingga boleh mengganggu-gugat Rukun Negara semasa berkempen.

Gesaan itu dibuat susulan tindakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menuduh Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah tidak melantik beliau sebagai Perdana Menteri Ke-10 sedangkan telah memiliki 115 sokongan Ahli Parlimen.

Tuduhan itu dibuat Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dalam satu ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.

“Perikatan Nasional hanya memiliki 74 kerusi. Bagi melayakkan seseorang untuk dilantik PM mesti memiliki majoriti dalam Parlimen sekurang-kurangnya 112 kerusi.  

“Mana datangnya 115 kerusi. Tan Sri sila dedahkan mana Ahli Parlimen atau parti yang dikatakan menyokong Tan Sri,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Tengku Haphiz berkata, Yang di-Pertuan Agonh tidak boleh melantik seorang Perdana Menteri atas faktor sentimen kerana Baginda terikat dengan perlembagaan negara fasal 40(2) dan 43(2). 

“Maka, Pemuda UMNO Terengganu menggesa pihak berwajib mengambil tindakan atas hasutan, pembohongan dan pengkhianatan demokrasi oleh Pengerusi PN dan Presiden Bersatu ini,” katanya.

Sebelum ini tular ucapan Muhyiddin ketika berkempen di DUN Nenggiri yang mendakwa beliau sudah mendapat 115 sokongan ahli Dewan Rakyat selepas PRU-15.

Beliau berkata, sokongan yang diperoleh itu membolehkan beliau diangkat sebagai perdana menteri namun tidak dipanggil oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu untuk mengangkat sumpah.

“Saya dapat 115. Kalau ikut kiraan Perlembahaan saya sudah ada jumlah yang lebih daripada mencukupi untuk jadi perdana menteri. Ini bukan untuk mengungkit tetapi ia sebagai rekod atau sejarah.

“Tapi entah macam-mana Yang di-Pertuan Agong pada waktu itu tak ajak jemput saya pergi istana angkat sumpah. Siapa Agong dulu. Pahanglah ya,” katanya seperti dilapor media. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

5 tahun pasca-COVID-19: Cabaran dalam sistem pendidikan

Saudara Pengarang Penularan novel coronavirus 2019 (COVID-19) atau 2019-nCoV pada Disember 2019 di Wuhan, China memberi satu pengalaman yang tidak...

Lagi Artikel Berkaitan