24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

RTM nafi dapat hak siaran Liga Belgium, tayang aksi Luqman

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Radio & Televisyen Malaysia (RTM) hari ini menafikan dakwaan bahawa pihaknya mendapat hak untuk menyiarkan secara langsung Liga Belgium.

RTM menerusi twitternya berkata, perkara itu tidak benar kerana RTM tiada hak siaran seperti yang didakwa oleh sebuah portal berita sukan hari ini.

“Isu berkaitan Jupiter Pro League (Liga Divisyen 1 Belgium) ini adalah tidak benar kerana pihak RTM tiada hak siaran seperti dikemukakan pihak tuan. Mohon kerjasama untuk tidak menyiarkan berita yang tidak sahih,” kata RTM menerusi ciapannya di twitter hari ini.

Sebelum itu, sebuah portal berita sukan tempatan melaporkan bahawa RTM, agensi penyiaran kerajaan itu sah memiliki hak penyiaran liga tersebut.

Ini sekali gus membolehkan aksi pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin yang beraksi bersama kelab KV Kortrijk dapat disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Advertisements

Bagaimanapun Edisi 9 mendapati hantaran berita tersebut yang sempat tular dalam laman sosial sebelum dipadamkan oleh portal berkenaan.

Luqman Hakim, 18, penyerang muda sensasi negara mengikat kontrak selama lima tahun dengan kelab milik ahli perniagaan Malaysia, Vincent Tan tersebut.

Sehingga kini pemain berasal dari Kelantan itu sudah menjaringkan dua gol dalam aksi persahabatan kelab tersebut, namun tidak disenaraikan ketika menewaskan Royal Excel 3-0 dalam aksi pertama liga.

Sejak penghijrahan Luqman ke KV Kortrijk, Liga Belgium menjadi perhatian peminat bola sepak tempatan yang sebelum ini lebih tertumpu kepada Liga Perdana Inggeris, Liga Sepanyol, Jerman dan Itali.

Sehingga kini tiada stesen televisyen tempatan memperoleh hak penyiaran aksi Liga Belgium dan mereka amat berharap terdapat mana-mana pihak dapat menyiarkan siaran langsung terutama membabitkan aksi KV Kortrijk. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan