28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

TMJ ketuai semua aktiviti belia di Johor – Sultan

Mesti Baca

JOHOR BAHRU – Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan melantik anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor memimpin dan mengetuai semua aktiviti belia di negeri itu.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli berkata, Sultan Johor percaya Tunku Ismail mempunyai ketabahan dan pengalaman luas dalam hal ehwal pentadbiran, termasuk menguruskan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sehingga ke persada antarabangsa

Menurutnya, baginda tuanku juga yakin Tunku Ismail berkebolehan dan mampu menjadi penjana kepada pembangunan belia, memimpin dan membawa mereka ke mercu kejayaan.

“Duli Yang Maha Mulia Tuanku yakin dan percaya dengan kepimpinan Duli Yang Maha Mulia Tunku Mahkota dan dengan kerjasama kerajaan negeri terhadap penyediaan infrastruktur dan lain-lain kemudahan.

“Dengan sokongan padu kaum belia bangsa Johor akan berjaya memperkasakan jati diri bagi mencapai sasaran lebih cemerlang pada masa-masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, jelas beliau, baginda menyeru kepada belia Johor dari semua bangsa dan agama untuk bersatu dan bekerjasama memajukan negeri dalam suasana perpaduan dan harmoni.

Sebelum ini Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah menubuhkan sebuah parti politik untuk anak muda dinamakan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Bagaimanapun tercetus polemik apabila sebuah pertubuhan kerajaan (NGO) di Johor mendakwa perkataan dan logo parti itu diciplak dari nama pertubuhan tersebut, Muda! yang telah didaftarkan sejak 2018.

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan