26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Rakyat Arab Saudi dibenar solat di Masjidilharam selepas 7 bulan

Mesti Baca

MEKAH – Rakyat Arab Saudi dan ekspatriat beragama Islam dibenarkan menunaikan solat di dalam Masjidilharam buat pertama kali dalam tempoh tujuh bulan, semalam dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) penjarakan fizikal.

Awal bulan ini, kerajaan Arab Saudi membenarkan rakyatnya menunaikan umrah selepas mengenakan sekatan berikutan penularan Covid-19.

Gulf News melaporkan, jemaah menunaikan solat Subuh di masjid itu sambil  mematuhi SOP penjarakan fizikal dan membawa sejadah sendiri.

Jemaah menunaikan solat Subuh di Masjidilharam sambil  mematuhi SOP.

Kira-kira 40,000 jemaah dan 15,000 jemaah umrah dibenarkan mengerjakan ibadah di Masjidilharam sehari di bawah fasa kedua kebenaran berperingkat-peringkat yang bermula hari ini.

Advertisements

 Fasa pertama bermula 4 Oktober lalu dengan kebenaran menunaikan umrah dengan jumlah terhad bagi rakyat negara ini.

Jemaah perlu mendaftarkan nama mereka melalui aplikasi Etmarna untuk mendapatkan permit umrah.

Permit itu diperlukan untuk melawat Masjidilharam dan Rawdah Al Sharifa di dalam Masjid Nabawi di Madinah. – AGENSI

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan