28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Pencemaran bau Sungai Selangor, lebih 1.1 juta akaun terjejas

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Empat buah Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor dihenti tugas berikutan pencemaran bau yang dikesan di Sungai Selangor kira-kira pukul 2 pagi, hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, henti tugas melibatkan LRA Sungai Selangor Fasa 1,2,3 (SSP1, SSP2 dan SSP3) dan Rantau Panjang.

Setakat pukul 630 pagi, pencemaran dikesan pada tahap 1 ton

Menurutnya, henti tugas  keempat-empat loji itu mengakibatkan gangguan air tidak berjadual buat lebih 1.1 juta akaun merangkumi 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

“Air Selangor ingin memaklumkan, pemulihan setakat pukul 2 pagi untuk insiden henti tugas separa LRA SSP1 berikutan paip air terawat pecah telah mencapai 80 peratus.

“Namun oleh kerana pencemaran bau melibatkan loji sama, maka pemulihan kawasan ini tidak dapat dilaksana mengikut jadual yang diumumkan pada 18 Oktober,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Air Selangor berkata, bagi proses pencairan dan pemulihan bahan pencemaran Sungai Selangor, tindakan segera dilakukan dengan melepaskan air secara graviti dari HORAS 600 dengan kapasiti 285 juta liter sehari dan pelepasan air dari empangan sebanyak 800 juta liter sehari.

Selain itu, Lembaga Urus Air Selangor telah melepaskan air melalui pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 336 juta liter air sehari bagi tujuan sama.

“Setakat pukul pukul 630 pagi, pencemaran masih dikesan di Sungai Selangor pada tahap 1 ton,” katanya.

Sementara itu, Air Selangor akan menyediakan bantuan air dengan menggerakkan lori tangki ke kawasan terjejas dengan keutamaan diberikan kepada hospital dan pusat dialisis 

“Para pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air untuk urusan kecemasan seperti kematian boleh menghubungi 15300 dan maklumat semasa akan dikemaskini melalui medium media sosial Air Selangor seperti Facebook dan Twitter,” katanya.

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan