34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Vivy Yusof letak jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM?

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan popular, Vivy Yusof dipercayai telah meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Ini selepas UiTM menerusi hantaran Facebook rasmi universiti itu hari ini merakamkan penghargaan di atas sumbangan ahli perniagaan tersebut.

“Terima kasih kepada Datin Vivy Yusof atas khidmat bakti sebagai Ahli Lembaga Universiti daripada Pengerusi Lembaga Pengarah, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Eksekutif Universiti,” tulis hantaran itu.

VIVY YUSOF

Peletakan jawatan Vivy dipercayai ada kaitan dengan satu petisyen yang dilancar April lalu yang menggesa ahli perniagaan itu meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM.

Pada ketika itu, petisyen berkenaan mencatat lebih 103,000 tandatangan selepas beberapa hari ia dimuat naik.

Petisyen itu dibuat kerana ketidakpuasan hati masyarakat terhadap Vivy yang didakwa mengeluarkan kenyataan merendah-rendahkan golongan B40 dan M40 yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini.

Vivy dikecam teruk netizen apabila perbualannya dengan seorang lagi ahli perniagaan wanita yang juga rakannya di media sosial tular.

Dalam perbualan itu, mereka berkongsi dan bertukar pendapat mengenai sumbangan yang diberikan kerajaan kepada masyarakat selepas ramai yang terjejas dari segi pendapatan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Advertisements

Difahamkan, mereka dikatakan mempertikaikan sumbangan golongan berkenaan terhadap kerajaan selama ini.

Selepas teruk dikecam, Vivy memuat naik permohonan maaf di Instagram dan menjelaskan maksud sebenar perbualannya dengan rakannya itu.

“Saya ingin menjelaskan perkara sebenar di sebalik apa yang tular di Twitter. Ia bukan bermakna saya bersetuju dengan kenyataan pertama ahli perniagaan itu.

“Saya sangat mengambil berat mengenai komuniti B40 dan ingin memastikan mereka tidak kehilangan kerja. Kalau anda mengenali saya, saya harap anda faham dari mana asal usul saya.

“Saya tahu, ini takkan mengubah apa-apa tapi saya rasa, saya perlu bersuara untuk menjernihkan keadaan. Sekali lagi, saya minta maaf,” tulisnya.

Di media sosial, rata-rata ramai yang mengecam tindakannya termasuk mahu memboikot produk keluarannya di samping mempertikai tindakannya seperti merendah-rendahkan rakyat yang sebelum ini menyokong perniagaannya.

Sementara itu, Vivy buat masa ini masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung hantaran UiTM itu.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan