24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

CEO Kolej UNITI PD dipilih semula Presiden PKIBM

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson, Amir Hamzah Md Isa telah dipilih semula sebagai Presiden Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) bagi penggal 2020/2023.

Pelantikan tanpa bertanding itu dibuat secara sebulat suara pada sesi pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan PKIBM 2019 ke-20 yang berlangsung di Menara Arina UNITI di sini baru-baru ini.

Pada sesi pemilihan itu juga, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Pengurusan Penerbangan, Kapten TUDM (B) Ab Manan Mansor dilantik sebagai Timbalan Presiden, menggantikan Prof. Datuk Dr. Tengku Mahmud Mansor yang tidak mempertahankan jawatan pada pemilihan kali ini.

AMIR HAMZAH MD ISA

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Universiti Geomatika, Prof. Dr. Mohaizi Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Teknologi Timur, Datuk Norayini Ali telah dipilih sebagai Naib Presiden 1 dan 2.

Ketua Pegawai Eksekutif Ranaco Education and Training Institute, Ahmad Firdhaus Ramlan serta Ketua Pegawai Eksekutif Murni International College, Dr. Ramlee Mohd Junus masing-masing dilantik sebagai Setiausaha Agung dan Penolong Setiausaha Agung manakala Ketua Pegawai Eksekutif MSU College, Mohd. Adnan Roslie dipilih sebagai Bendahari Agung dan penolongnya disandang oleh Datuk Dr. Abdul Murad Ahmad.

Pada majlis yang dihadiri lebih 70 orang perwakilan mewakili 35 daripada 44 IPTS milikan penuh Bumiputera yang mengganggotai PKIBM, seramai lima Ketua Pegawai Eksekutif lain turut dipilih sebagai ahli jawatankuasa eksekutif bagi penggal 2020/2023.

Mereka ialah Prof. Dr. Wan Azizi Wan Sulaiman (Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS), Faizatul Akmar Dato’ Hisan (Kolej Universiti Agrosains Malaysia), Tina Tajuddin (Kolej Antarabangsa TAJ), Norhisyam Abdul Rahman (Kolej Universiti WIDAD) dan Zahar Ali (Kolej Antarabangsa Perniagaan dan Pengurusan).

Advertisements

Alkmar Nazrul Alias (Kolej Queens) dan Fairuz Kamarulzaman (Kolej Alfa) pula masing-masing dilantik sebagai Auditor Kehormat 1 dan 2.

Majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PKIBM itu telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Mohamed Mustafa Ishak berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKIBM 2019.

Dalam ucapan perasmiannya, Mohamed Mustafa telah menzahirkan penghargaan kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi ke atas kepimpinan PKIBM dalam membantu Jabatan Pendidikan Tinggi mendepani tempoh yang sukar berikutan pandemik COVID-19.

Menurut Mohamad Mustafa, PKIBM telah terbukti komited serta bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan isu dan menaungi kepentingan usahawan-usahawan pendidikan Bumiputera di seluruh negara melalui pendekatan berdiplomasi namun berkesan.

“Kerajaan sentiasa melihat sektor pendidikan tinggi sebagai industri strategik dan semasa awal pandemik COVID-19, PKIBM telah memainkan peranan yang besar dalam menggerakkan usaha memastikan kelestarian dan kelangsungan operasi IPTS di seluruh negara.

“Saya berharap hubungan baik yang sedia terjalin antara Jabatan Pendidikan Tinggi dan PKIBM akan terus dipereratkan,” katanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan