28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

KKM tambah petugas di KLIA, Klia2

Mesti Baca

KKM tambah petugas di KLIA, Klia2
KUALA LUMPUR –  Kementerian Kesihatan (KKM) menambah hampir 400 kakitangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Klia2 untuk membuat saringan individu khasnya yang tiba dari Sabah.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah,  kelewatan menjalankan ujian saringan kepada semua pengembara dari Sabah semalam disebabkan jumlah yang ramai termasuk petugas yang baharu selesai bertugas di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Beliau berkata, beliau telah hadir ke KLIA pagi tadi bagi meninjau masalah berkenaan dan KKM mengambil masa 10 hingga 15 minit bagi menjalankan saringan kepada setiap individu yang baharu tiba.

“Individu yang didapati positif Covid-19 akan dihantar terus ke hospital untuk rawatan, manakala individu yang negatif dan berkait rapat dengan kontak diwajibkan menjalani pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) dan memakai gelang (kuarantin),” katanya hari ini.

ADHAM BABA melakukan tinjauan ujian saringan dilaksana KKM di KLIA. foto FACEBOOK

Ujian saringan di pintu masuk domestik dan antarabangsa berikutan peraturan baharu yang mewajibkan semua individu yang tiba dari Sabah bermula 27 September hingga 10 Oktober.

Peraturan baharu itu dilapor membuatkan penumpang perlu menunggu sehingga enam jam untuk menjalani saringan.

Situasi luar jangkaan itu menyaksikan Menteri Kesihatan,  Datuk Sri Dr Adham Baba dan Dr Noor Hisham turun padang meninjau permasalahan dihadapi pengembara berkenaan awal pagi ini.

Dr Noor Hisham berkata, petugas kesihatan berkenaan diambil dari Kuala Lumpur, Selangor dan Perak untuk membantu penugasan membuat saringan Covid-19 di pintu masuk domestik dan antarabangsa lapangan terbang berkenaan.

Ujarnya, penambahan kakitangan kesihatan itu dapat melancarkan sistem ujian calitan dan bagi setiap kapal terbang yang baharu tiba akan mengambil masa kira-kira dua jam bagi menjalani saringan.

“Individu yang menjalani ujian calitan ini akan mendapat keputusan antara 24 hingga 72 jam sama ada dijangkiti atau negatif Covid-19,” katanya.

Terdahulu, sejumlah individu dari Sabah, khususnya yang terbabit dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, memaklumkan terpaksa menunggu hingga enam jam untuk menjalani ujian calitan (swab test) Covid-19.

Beberapa video juga tular di media sosial menunjukkan ratusan individu terpaksa beratur panjang serta duduk di atas lantai di KLIA dan Klia2 bagi menunggu giliran melakukan ujian saringan.

Beberapa wartawan yang membuat liputan PRN Sabah turut memaklumkan terpaksa menunggu beberapa jam sebelum tiba giliran untuk membuat ujian berkenaan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi turut membangkitkan kelewatan itu di Facebook beliau.

“Memang hebat Kementerian Kesihatan nih. Terpaksa menunggu berjam jam di KLIA untuk Swab Test (ujian calitan). 


“Bayangkan perjalanan dari Sabah mengambil masa 2 jam 40 minit. Dah tunggu 3 jam di airport masih belum nampak kelibat orang KKM. Rupanya penerbangan lain pun menerima nasib yang sama. 


“Kesian tengok penumpang warga emas dan anak kecil. Bunyi anak kecil menangis kerana rimas dan lapar menambah lagi tension.  


“Bila bilik menunggu sempit macam mana nak buat penjarakkan sosial?,” tulisnya.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan