26.3 C
Kuala Lumpur
Monday, December 5, 2022

Hajiji Noor Ketua Menteri Sabah baharu

Mesti Baca

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara menamakan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu mengesahkan akan mengangkat sumpah sebagai esok pada pukul 10.30 pagi.

Hajiji menegaskan, kerajaan negeri baharu itu akan memastikan permasalahan rakyat dan manifesto serta Aku Janji pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan ditunaikan sebaiknya.

“Kami akan tunaikan tanggungjawab dan mandat rakyat sebaiknya.

“Saya berterima kasih kepada rakyat Sabah kerana memilih pemimpin daripada GRS,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pada soalan mengenai barisan jemaah menteri baharu, Hajiji menjawab ringkas ‘rahsia’ dan akan mengumumkannya selepas mengangkat sumpah.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan; dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jahid Jahim serta barisan wakil rakyat GRS.

Sementara itu, Bung Moktar berkata, kerajaan negeri yang baharu ini akan berhenti berpolitik dan menunaikan tanggungjawab menyelesaikan masalah yang dihadapi Sabah.

Baca juga:   Covid-19: Pertimbang kuarantin wajib individu pulang dari Sabah

Katanya, kerajaan negeri di bawah GRS juga mampu untuk memulihkan semangat rakyat yang selama ini hilang disebabkan oleh pemerintahan kerajaan terdahulu yang tidak prihatin kepada rakyat.

“Adalah menjadi tanggungjawab besar kerajaan negeri yang baharu ini untuk kita sama-sama memulakan langkah memastikan rakyat di bawah mendapat pembelaan,” katanya.

Baca juga:   COVID-19 buka peluang dalam penyelidikan dan inovasi

Wartawan

Terkini

Safawi ke Ratchaburi FC – JDT

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) akhirnya mengesahkan perpindahan Safawi Rasid ke Liga Thailand secara pinjaman. Berita berkenaan diumumkan dalam kenyataan yang...

Lagi Artikel Berkaitan