24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Apple, Google biadab ‘padam’ Palestin dari peta dunia

Mesti Baca

HILANG… Netizen seluruh dunia gempar apabila aplikasi popular Apple dan Google secara rasmi ‘membuang’ negara Palestin dari peta global mereka malah digantinya pula dengan Israel.

Tindakan biadab itu disifatkan sebagai sangat provokatif hingga mencetuskan kemarahan ramai pihak terutamanya rakyat Palestin serta aktivis media sosial yang menyokong perjuangan negara ditindas Zionis ini.

Kawasan Gaza Strip atau Semenanjung Gaza yang dikepung dan West Bank atau Tebing Barat yang sebelum ini ada ditanda dalam lakaran peta standard Google merujuk kepada wilayah Palestin.

Namun sejak 14 Julai lalu, firma multinasional berpusat di Amerika Syarikat (AS) itu secara senyap-senyap telah menghapuskan nama Palestin dari semua petanya, malahan menganggap ia sebahagian daripada Israel.

Langkah itu mendorong rakyat Palestin dan netizen antarabangsa untuk menyokong dua tanda pagar #FreePalestine dan #StandwWithPalestine melalui akaun Twitter dan platform media sosial lain.

Ia bagi mereka menyatakan pendapat terhadap tindakan provokatif dua gergasi teknologi komunikasi maklumat itu bahkan dua tanda pagar ini menerima banyak komen dan ulang kicau.

Terdahulu, Presiden AS, Donald Trump pernah memberi Israel ‘lampu hijau’ untuk mengilhak sebahagian besar Tebing Barat dan Lembah Jordan melalui memorandum yang digelar ‘perjanjian abad ini’.

Anehnya, ia diisytiharkan oleh dirinya sendiri yang dilancarkan pada Januari lalu dengan tujuan jahat bagi melegitimasi pendudukan haram Israel dan menarik kembali peta rasmi Asia Barat.

Advertisements

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengumumkan telah memulakan perbincangan di peringkat Kabinet untuk proses pengilhakan mulai 1 Julai lepas, seiring dengan rancangan Trump itu.

Bagaimanapun, pelan pengambilan tanah Netanyahu yang banyak dipromosikan tanpa penjelasan gagal dilancarkan pada tarikh ditetapkan, di tengah perbezaan semakin meningkat.

Ia berlaku dalam kalangan pentadbiran Israel sendiri dan usaha penentangan besar-besaran masyarakat antarabangsa khasnya Kesatuan Eropah terhadap percubaan sangat provokatif ini.

Penangguhan tersebut berlaku setelah Netanyahu gagal dapat kebenaran untuk tindakan itu, baik dari rakan sekutu utamanya Benny Gantz, yang telah menolak sokongan ke atas rancangan AS.

Netanyahu yang secara terbuka menyuarakan sokongan penuh terhadap rancangan Trump, juga mengatakan beliau akan terus berbincang dengan Washington mengenai rancangan itu.

Para pakar geopolitik menyatakan ada bukti bahawa peta jalan diinginkan Netanyahu untuk mengilhak lebih banyak wilayah Palestin sebenarnya bertentangan dengan pelan dibuat oleh Trump sendiri.

Rancangan Trump mahu mewujudkan negara Palestin dengan kawalan terhad atas keamanan dan isu kawalan sempadannya sendiri, menjadikan Baitulmuqaddis dijajah sebagai ‘ibu kota’ Israel.

Menurut pelan perdamaian itu, negara Palestin pada masa depan terdiri daripada tanah yang terpisah antara satu sama lain dan hanya dihubung bersama melalui jambatan dan terowong.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan