29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 20, 2021

Mana RM15 juta wang jualan permit Utusan, Kosmo?

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Hari ini, hari kedua akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! baharu menemui pembaca, akhbar yang diterbitkan oleh syarikat baru, Media Mulia Sdn. Bhd, bukan lagi Utusan Melayu yang ditubuhkan 80 tahun dahulu.

Bagaimanapun ramai pembaca setia akhbar itu tertanya-tanya bagaimana boleh syarikat korporat yang telah lama beroperasi itu boleh ditutup pada 9 Oktober lepas dengan notis beberapa jam sahaja kepada kakitangan?.

Pada hari bersejarah tersebut, kakitangan yang dijemput hadir untuk mendengar taklimat operasi syarikat telah diberikan surat pemakluman ‘Pemberhentian operasi perniagaan syarikat,’ diminta mengambil barangan peribadi masing-masing dan perlu meninggalkan bangunan beberapa jam selepas itu.

Ketika itu, syarikat masih berhutang dua bulan gaji kepada kakitangan yang hanya selesai dibayar baru-baru ini (selepas lapan bulan diberhentikan).

Sehingga kini, syarikat masih berhutang bayaran bagi pihak kakitangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Potongan Cukai Berjadual (PCB) cukai pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bayaran baki cuti, faedah pemberhentian (pampasan) dan sebagainya.

Apa yang menjadi pertanyaan, mengapakah Utusan Melayu (kini diambil alih pelikuidasi UHY Advisory) gagal menjelaskan semua bayaran asas seperti tungakan gaji, KWSP, LHDN, tuntutan-tuntutan perubatan dan baki cuti (tidak termasuk pampasan) kepada bekas kakitangan sebaik sahaja syarikat ditutup?

Di dalam sesi ‘town hall’ bersama kakitangan, UHY menyatakan syarikat tidak mempunyai sumber tunai mencukupi untuk membuat bayaran tersebut walaupun permit syarikat telah di’jual’ kepada Media Mulia dengan nilai RM15 juta (dalam bentuk suntikan).

SYED MOKHTAR ALBUKHARY – Imej Forbes.com

Media Mulia merupakan syarikat yang dikaitkan dengan ahli perniagaan, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang juga telah menguasai saham perniagaan dalam Media Prima, satu lagi syarikat media terbesar negara.

Penganalisis perniagaan juga hairan dan mempertikaikan mengapa permit akhbar yang begitu bernilai dari segi sejarah perjuangan negara itu di’jual’ dengan harga RM15 juta sahaja kepada ahli perniagaan tersebut.

Baca juga:   Malam ini malam terakhir

“Apa yang telah berlaku”?.

Baca juga:   Utusan berhadapan tiga saman daripada bekas kakitangan

Berikut ialah kronologi ringkas, bagaimana Media Mulia yang dikaitkan dengan Syed Mokhtar ‘menyelamatkan Utusan”:-

  1. Semasa kekecohan Utusan dan Kosmo mahu ditutup, permit akhbar ini telah dipindah milik kepada anak syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Bhd iaitu Dilof Sdn. Bhd. Dilof ialah syarikat baharu yang ditubuhkan oleh Pengerusi Eksekutif Utusan ketika itu, Datuk Seri Aziz Sheikh Fadzir.
AZIZ SHEIKH FADZIR

Dilof kemudian ditukar nama menjadi Media Mulia Sdn. Bhd. dengan 70 peratus kepentingan Media Mulia diambilalih oleh Aurora Mulia (syarikat dikaitkan Syed Mokhtar), manakala 30 peratus lagi kekal dimiliki oleh Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

  1. Bagaimanapun setakat ini tiada pemakluman jelas oleh bekas Pengerusi Eksekutif mahupun pemilik baharu, Media Mulia tentang harga Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo dan Kosmo Ahad yang sebenar.

Dalam pertemuan sesi ‘town hall’, pihak pengurusan ada memaklumkan bahawa Aurora telah menyuntik sebanyak RM15 juta hanya dalam Media Mulia sebagai pemindahan permit Utusan/Kosmo.

Tetapi tiada penjelasan ‘suntikan’ itu untuk apa? Adakah hanya untuk proses penubuhan syarikat baru dan pelancaran kembali akhbar Utusan Malaysia/Kosmo baharu atau dibayar kepada Utusan Melayu (UHY) sebagai ganjaran pampasan kepada bekas kakitangan? Sehingga kini, tiada jawapan jelas diberikan.

Sungguh tidak logik jika wang suntikan RM15 juta itu digunakan untuk kos penubuhan syarikat baru dan menerbitkan akhbar Utusan/Kosmo kerana wang itu seharusnya dibayar kepada Utusan Melayu yang kemudian boleh menggunakan untuk pembayaran kepada kakitangan.

Jika keadaan itu berlaku, sebenarnya Utusan Melayu tidak mendapat satu sen pun ‘hasil penjualan’ permit kedua-dua akhbar terkenal tersebut kepada Media Mulia.

  1. Nilai penjualan permit Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo dan Kosmo Ahad hanya RM15 juta juga sudah sangat menyedihkan. Akhbar perjuangan segah Utusan yang diasaskan dengan keringat dan air mata orang-orang Melayu pada 1939 di Singapura hanya bernilai sebegitu dan pembelinya juga bukan calang-calang ahli perniagaan!.
Baca juga:   Jangan menumpang kepada yang bawa rebah - Puteri UMNO

Bukan isu harga sahaja yang dipertikaikan tetapi tercium kemungkinan terdapat satu pakatan dalam urusan pembelian dan penjualan permit kedua-dua akhbar tersebut yang dimainkan oleh ‘pihak-pihak’ tertentu. Benarkah?

Yang musykil, sehingga hari ini tiada siapa yang tahu nilai sebenar keempat-empat produk tersebut. Jika benar Aurora Mulia membeli empat produk itu, mana wangnya? Masuk ke akaun mana?

Wang itu sangat tinggi nilainya kepada bekas staf yang belum dibayar pampasan seperti dijanjikan oleh Utusan Melayu (UHY). Bayaran LHDN dan KWSP pun malah diabaikan. Sampai bila mereka mahu terus dizalimi?

Baca juga:   Semua sekolah di Sabah ditutup 16 hari

Sebelum ini, kakitangan tidak membantah dan tidak membangkitkannya kerana mereka dimaklumkan, perkara itu telah dirancang dengan teliti oleh pihak pengurusan dengan pihak Media Mulia dengan alasan untuk ‘menyelamatkan Utusan’ dan sebahagian besar kakitangan.

Selepas mendapati tidak sampai suku daripada lebih 800 orang yang kehilangan kerja diambil semula, maka bekas kakitangan Utusan terasa ‘tertipu’ dan teraniaya dengan ‘janji manis’ pengurusan sebelum ini yang mengatakan beliau tidak akan ‘meletakkan batu nisan’ kepada Utusan Melayu.

Difahamkan juga, Media Mulia mengambil tidak sampai 200 orang bekas kakitangan Utusan, dengan akhbar itu diterajui oleh ‘bukan orang Utusan.’

Adalah menjadi tanggungjawab kepada bekas peneraju Utusan, Aziz Sheikh Fadzir yang turut mempunyai saham dalam Media Mulia memberikan jawapan. Mengapa membisu, misteri RM15 juta itu perlu segera dirungkai?

Bangkitlah! Berikan segera jawapan. – EDISI9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Mengisi semangat patriotisme selepas 16 September

Oleh MOHD ZAINI OTHMAN MERIAH di corong radio memainkan lagu Tanggal 31 Ogos dendangan Allahyarhan Sudirman Hj Arshad serta lagu-lagu...

Lagi Artikel Berkaitan