28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Anak Najib antara 9 muka baharu dilantik Exco Pemuda BN

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Mohamad Nizar Najib, anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak antara sembilan Exco Pemuda Barisan Nasional (BN) yang baharu dilantik.

MOHAMAD NIZAR NAJIB

Pengerusi Pemuda BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, lapan lagi ialah Datuk Mohd Imran Tamrin, Mohd Kurniawan Naim Moktar dan Zul Fadli Rozi.

Turut dilantik ialah Mohd Hafiz Ariffin, P. Punithan, Andrew David, Teow Chia Ling dan Su Choon Huat.

Asyraf dalam kenyataannya menerusi Facebook berkata, Pemuda BN akan memfokuskan gerak kerja mendepani agenda memperkasa agenda ekonomi anak muda pasca-PKPP Covid-19.

Advertisements

“Kami juga mahu mengembalikan nilai-nilai Malaysia asal yang meraikan kepelbagaian agama dan bangsa tanpa merobek akar-akar tunjang yang mendasari kekuatan negara berteraskan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Mohamad Nizar sebelum ini disebut-sebut untuk dicalonkan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini yang berlangsung pada 4 Julai lalu.

Bagaimanapun BN membuat keputusan terakhir menamakan anak peneroka Felda, Mohd Sharim Md Zain sebagai calon dan memenangi pilihan raya kecil itu dengan kemenangan besar. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan