34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Pertemuan bekas warga Utusan Melayu Sabtu ini

Seluruh bekas warga Utusan Melayu dari semua jabatan dan anak-anak syarikat dijemput untuk menghadiri pertemuan itu dengan berbaju hitam.

Mesti Baca

SATU pertemuan antara bekas warga Utusan Melayu akan diadakan di hadapan bekas ibu pejabat syarikat penerbitan itu di Jalan Utusan, Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pada Sabtu ini, bermula 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Pertemuan itu bagi memperingati “kematian” syarikat akhbar Melayu tertua itu yang ditutup operasinya menerusi satu notis singkat pada 29 September 2019 lalu.

Utusan Melayu yang ditubuhkan di Singapura pada 1939 adalah syarikat penerbitan bagi akhbar Utusan Melayu (jawi), Utusan Malaysia dan Kosmo! serta puluhan majalah sebelum syarikat itu ‘ditalkinkan’ oleh pihak pengurusannya sendiri.

Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! kini diterbitkan oleh Media Mulia Sdn Bhd.

Sementara itu, jurucakap penganjurnya berkata, walaupun syarikat Utusan Melayu telah tiada namun sejarah, semangat dan jasa institusi keramat itu tetap mengalir dalam diri setiap bekas pekerjanya.

“Pertemuan itu bagi meneruskan ikatan silaturrahim dan mengenang kembali semangat perjuangan pengasas dan para pejuah penubuhan Utusan Melayu sebelum ini,” katanya hari ini.

Sehubungan itu seluruh bekas warga Utusan Melayu dari semua jabatan dan anak-anak syarikat dijemput untuk menghadiri pertemuan yang dinamakan Tragedi Utusan Melayu: Mengenang Terkuburnya Suara Keramat itu dengan berbaju hitam.

Pertemuan itu dimulakan dengan bacaan doa, diikuti nyanyian lagu Suara Keramat iaitu lagu rasmi Utusan di samping ucapan mengenang matinya Utusan Melayu.

Turut diadakan sesi perbincangan dan ramah mesra dan sesi bergambar bersama. – Edisi 9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan