25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

PRU-15: Muhyiddin dedah bertemu dua jam dengan Hadi

Banyak perkara dipersetujui untuk memperkukuhkan PN (Perikatan Nasional) dalam menghadapi PRU15.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau sudah bertemu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang malam tadi.

Muhyiddin melalui perkongsian dalam Facebook tidak menjelaskan butiran langsung perbincangan itu, namun menyatakan banyak perkara dipersetujui kedua-dua pihak hasil pertemuan itu.

“Alhamdulillah. Perbincangan selama dua jam malam tadi yang amat bermakna. Banyak perkara dipersetujui untuk memperkukuhkan PN (Perikatan Nasional) dalam menghadapi PRU-15,” katanya hari ini.

Pertemuan yang turut disertai beberapa pemimpin kedua-dua parti itu berlangsung di sebalik spekulasi bahawa Pas mahu terus bekerjasama dengan UMNO dalam PRU-15.

Selain Abdul Hadi dan Muhyiddin, pertemuan turut dihadiri Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama Naib Presidennya, Datuk Dr Radzi Jidin.

Terdahulu timbul spekulasi bahawa Pas mahu kembali bertaut dengan UMNO melalui Muafakat Nasional (MN) selepas Bersatu didakwa semakin hilang sokongan namun perkara itu dinafikan Abdul Hadi.

Advertisements

Perkongsian Muhyiddin itu mendapat pelbagai reaksi dari pengikut media sosialnya.

Menurut pemilik akaun Facebook Zawawi Tenggara, dia berharap agar PN akan terus diperkasakan.

“Alhamdulillah… semoga kita terus memperkasakan PN sebagai wadah pilihan rakyat untuk terus meneraju negara dan kerajaan yang berkebajikan dan prihatin,” katanya.

Bagi Muhd Amin, dia berharap agar ukhuwah antara pemimpin berkenaan akan terus kuat.

“Alhamdulillah makin kuat ikatan ukhuwah semoga PN peroleh kejayaan PRU-15 nanti,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan