28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Pembangkang cuba guna isu banjir elak PRU-15 diadakan

PH hampir menemui jalan buntu dan tidak mempunyai pilihan selain memerlukan lebih banyak masa dengan kata lain, PH cuba "membeli masa" untuk melengahkan PRU-15

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat pembangkang semakin hangat menggunakan isu banjir untuk mengelak pilihan raya umum (PRU) diadakan dengan lebih cepat.

Beliau berkata, terdapat juga segelintir anggota kerajaan terpengaruh dengan dakyah ini tanpa menilai perspektif yang meluas.

“Kebimbangan sebenar pembangkang ialah apabila pengundi Melayu yang mewakili populasi negara terbesar kurang berminat untuk menyokong gabungan tersebut ketika gendang pilihan raya dipalu BN.

“Pakatan Harapan (PH) hampir menemui jalan buntu dan tidak mempunyai pilihan selain memerlukan lebih banyak masa. Dengan kata lain, PH cuba “membeli masa” untuk melengahkan pilihanraya umum diadakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.

Katanya, malah menurut sumber sebuah media portal, pemimpin gabungan itu diberitahu agar membangkitkan isu seperti bencana banjir dan kenaikan inflasi dengan harapan elak sebarang langkah pembubaran Parlimen dalam masa terdekat ini.

“Malah portal tersebut menyatakan beberapa badan pemikir ditugaskan untuk menjalankan penyelidikan mengenai sentimen pengundi terhadap PH dan dijemput membentangkan penemuan mereka,” katanya.

Ujar beliau, daripada pembentangan data daripada tinjauan berasingan tersebut didapati penemuan utama ialah sokongan Melayu terhadap PH berada pada tahap paling rendah.

“Malah dikatakan tinjauan tersebut mendapati PH tidak akan mendapat lebih daripada 15 peratus undi Melayu pada PRU15 jika pilihanraya umum diadakan dalam masa terdekat ini.

“Dengan kata lain, keputusan PRU15 tidak akan memihak PH disebabkan undi Melayu akan beralih arah kerana pemulihan dan kebangkitan UMNO.

“Yang paling aneh tidak pula dibentangkan fakta mengenai banjir dan strategi untuk menyantuni rakyat ketika banjir melanda.

“Tidak pula dibentangkan strategi menangani inflasi untuk Malaysia yang kini melanda seluruh dunia. Sebaliknya pembangkang hanya lebih berminat untuk cuba memikirkan strategi untuk menang PRU daripada memikirkan masalah rakyat dalam pemukiman tersebut,”katanya.

Ujar beliau, ini menunjukkan sikap sebenar pembangkang.

“Yang anehnya terdapat sekutu bersama UMNO masih lagi terpedaya dengan dakyah pembangkang tersebut. Atau mereka sebenarnya ada motif mereka sendiri yang mereka sendiri untuk melengahkan pilihan raya umum sebelum musim tengkujuh bermula.

“Saya akan perincikan lagi mitos dan dakyah naratif musuh politik kita dalam masa terdekat,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan