27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Perbezaan politik tidak halang bincang isu negeri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERBEZAAN politik, tidak menghalang pertemuan antara Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Kedua-dua pemimpin yang saling menghormati antara satu sama lain itu turut berkongsi gambar pertemuan terbabit dalam media sosial.

Dipercayai pertemuan itu bagi membincangkan isu-isu yang banyak bertumpu kepada soal hubungan Persekutuan dengan Negeri dalam sistem federalisme yang diamalkan di negara.

Anthony berkata, beliau mengenali Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar lebih 10 tahun yang lalu semasa kerjasama kami dalam Pakatan Rakyat.

“Walaupun kami mempunyai perbezaan politik pada hari ini, saya tetap menghormati beliau sebagai seorang pemimpin politik yang sangat professional dan mempunyai keperibadian yang baik.

“Apabila beliau menjemput saya untuk bertemu dan bersarapan pagi bersama, sudah tentu saya menerima jemputan beliau dengan hati yang terbuka.

Advertisements

“Perbincangan kami banyak bertumpu kepada soal hubungan Persekutuan dengan Negeri dalam sistem federalisme yang diamalkan di negara kita termasuklah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Anthony berkata, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa lanskap politik Malaysia pada hari ini amat berbeza dalam keadaan di mana kerajaan-kerajaan negeri dikuasai oleh pelbagai gabungan politik yang berlainan.

Katanya, dalam soal pentadbiran negara dan negeri, semua pihak perlu bersikap professional dan melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh rasa tanggungjawab.

“Memandangkan projek ECRL adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pengangkutan, kami di Kementerian Pengangkutan (MOT) akan sama-sama berusaha memastikan kemudahan dan jaringan ECRL ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di sepanjang jajaran tersebut.

“Dalam masa sama turut membantu pembangunan kawasan industri di Terengganu selari dengan hasrat Kerajaan Negeri,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kempen dengan idea, hujah bukan hina pihak lawan – Akmal

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mahukan agar para pemimpin dan penyokong Perikatan Nasional (PN) berkempen secara sihat dan...

Lagi Artikel Berkaitan