31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Gagal kemuka lesen, tongkang ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ZON Maritim Bintulu telah menahan sebuah bot tunda dan tongkang yang sedang bergerak pada jarak lebih kurang 2.2 batu nautika dari muara Sungai Kemena Bintulu, sekitar pukul 11.45 pagi Sabtu lalu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, bot dan tongkang itu dikesan sedang membawa muatan dan apabila pemeriksaan dilakukan didapati tongkang yang membawa muatan gagal mengemukakan Lesen Perkapalan Dalam Negeri yang telah diperbaharui.

“Daripada pemeriksaan lanjut mendapati muatan yang dibawa mempunyai dokumen dan kebenaran daripada jabatan dan agensi yang berkaitan manakala kru di atas tongkang tersebut adalah warga tempatan dengan masing-masing berumur 31 dan 48 tahun,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Advertisements

Kata beliau, bot tunda dan kru bagaimanapun tidak ditahan kerana mempunyai dokumen yang lengkap serta mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Ujarnya, kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukan hukuman kompaun melebih lima ribu ringgit jika disabitkan bersalah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan