25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bot tunda langgar syarat lesen ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bot tunda ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Labuan kerana disyaki gagal mengemas kini buku log rasmi, dalam penahanan dilakukan semalam.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, penahanan dilakukan pada jarak 2.8 batu nautika Barat Daya Pulau Papan pada 6.45 petang.

“Aset ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan Op Sejahtera, Op Khas Kuda Laut dan Op Tiris di sekitar Pulau Labuan mengesan dan menahan sebuah bot tunda.

“Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati bot tunda berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana melanggar syarat lesen iaitu gagal mengemas kini buku.

“Semasa diperiksa, bot tunda tersebut dikendalikan oleh seorang nakhoda warganegara Malaysia berumur 56 tahun beserta dengan enam orang kru lelaki yang kesemuanya merupakan warganegara Malaysia berumur lingkungan 22 hingga 42 tahun,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nudin berkata, bot tunda bersama-sama nakhoda dan dua daripada kru bot berkenaan, beserta dokumen, dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut.

“Maritim Malaysia sentiasa komited dalam melaksanakan rondaan dan pemantauan bagi mencegah sebarang bentuk pelanggaran undang-undang, penyeludupan pencerobohan dan jenayah maritim di sepanjang perairan Malaysia amnya dan di perairan Zon Maritim Labuan khasnya,”katanya. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan