26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Asyraf nafi UMNO hilangkan ‘potret’ bekas pemimpin

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

UMNO menafikan dakwaan potret bekas pemimpin parti itu ‘dihilangkan’ ketika Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), minggu lalu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata,  Dewan Merdeka adalah milik Pusat Dagangan Dunia (WTC) di  mana penyewaannya terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menganjurkan sebarang program.

Menurut Asyraf, ruangan di Dewan Merdeka tidak ada sebarang potret wajah pemimpin ataupun hiasan yang bersifat kekal kerana ia bergantung kepada  kehendak penganjur yang menjalankan majlis.

“Kalau dalam konteks Perhimpunan Agung UMNO, UMNO akan menghiaskan atau meminta WTC untuk menghiaskan Dewan Merdeka dengan bendera UMNO termasuklah potret pemimpin UMNO lampau,” jelas Asyraf melalui video di Facebook.

Tambahnya, pelbagai pihak termasuk bekas pemimpin kanan UMNO sendiri dilihat cuba mencetuskan persepsi seolah-olah sewaktu Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Dewan Merdeka  mengalihkan gambar pimpinan UMNO yang lampau.

“Tiada istilah hendak tutup atau mengalihkan mana-mana potret pemimpin kerana memangnya tidak ada sebarang potret ataupun hiasan kekal (di Dewan Merdeka) semuanya bergantung kepada cita rasa dan kehendak penganjur yang mahu menjalankan majlis.

“Mungkin ada pemimpin-pemimpin yang sudah lama tak masuk Dewan Merdeka, mereka lupa agaknya,” katanya lagi.

Semalam, bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa ‘potret’ bekas pemimpin parti itu ‘dihilangkan’ ketika Konvensyen Kerajaan Perpaduan berlangsung di WTCKL pada 14 Mei lalu,

Selain itu, Hishamuddin turut  menyifatkan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di WTCKL sebagai janggal.

Beliau turut menuntut satu penjelasan diberikan kepada akar umbi parti mengenai hubungan yang wujud dalam kerajaan yang turut disertai UMNO perlu diberikan agar mereka memahami situasi sebenar. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan