Wednesday, June 17, 2026

Maritim Malaysia tahan bot tunda, tongkang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan sebuah bot tunda beserta tongkang pada jarak sekitar 6.6 batu nautika dari barat laut Muara Belawai, semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Anak Numpang berkata, ketika pemantauan berdekatan perairan tersebut, pihaknya mengesan sebuah bot tunda beserta tongkang muatan pasir sedang bersauh lebih kurang 1.2 batu nautika dari aset Maritim Malaysia.

Katanya, hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati bot berkenaan dikendalikan sembilan orang kru termasuk nakhoda berumur lingkungan 22 hingga 60 tahun dan kesemua mereka didapati mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bot yang berpangkalan dari Pelabuhan Klang berkenaan didapati bersauh untuk membaiki kerosakan pada janakuasa dan perlu bersauh bagi membaiki kerosakan.

“Bot tunda berkenaan telah ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana tidak menaikkan bendera Malaysia serta sebarang isyarat bentuk di tiang mast ketika bersauh,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Master bot tunda serta Chief Engine telah diiring masuk ke Jeti Terminal Tanjung Manis untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan