27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Sarang perjudian atas talian digempur, 40 orang ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menggempur sarang perjudian dalam talian dan menahan 40 individu disyaki terbabit dengan sindiket berkenaan menerusi beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, operasi itu dijalankan dengan kerjasama Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).

“Tangkapan merangkumi 17 lelaki dan seorang wanita tempatan serta 15 lelaki dan enam wanita warga China.

“Sindiket ini didapati menyediakan platform perjudian dalam talian yang menyasarkan warganegara Taiwan.

“Pelanggan yang berminat untuk bertaruh dikehendaki membuat pemindahan wang ke akaun keldai dipercayai berpangkalan di China,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Advertisements

Beliau berkata, pelanggan akan diberi ‘point’ untuk membuat taruhan selepas pembayaran dibuat kepada akaun keldai berkenaan.

Noorsiah berkata, sindiket berkenaan didapati turut menjalankan perkhidmatan pengurupan dengan menukar matawang kripto Tether Token (USDT) dan menghantar semula matawang berkenaan ke China.

Beliau berkata, antara yang dirampas ialah 88 unit telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM29,587, tunai bernilai AS$5,000, seketul jongkong berwarna keemasan, kereta (tiga), jam tangan (tiga), beg tangan (tiga), dan komputer pelbagai jenama.

“Semua suspek berusia antara 20 hingga 58 tahun direman enam hari bermula 20 Mei lalu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 429 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan