24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Takwim sekolah mula Januari pada 2026 – Fadhlina

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) memutuskan bahawa sesi persekolahan akan kembali diawalkan pada Januari bermula 2026.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata, kerajaan sudah memulakan usaha mengawal kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025.

Jelas beliau, KPM telah membuat ketetapan untuk membuat perubahan kepada kalendar akademik sesi 2021/2022 akibat penularan COVID-19.

“Berdasarkan perubahan tersebut, maka sesi persekolahan bagi kalendar akademik sesi 2023/2024 diteruskan bermula pada Mac 2023.

“KPM akan melihat kepada keperluan dan kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum khususnya tempoh pembelajaran sebanyak 32 hingga 36 minggu yang diperlukan bagi menyelesaikan keseluruhan kurikulum persekolahan setahun.

Advertisements

“KPM juga telah melakukan penjajaran kepada jadual peperiksaan awam agar ia selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan.

“Untuk itu, Yang Berhormat, sukacita saya maklumkan KPM telah memulakan usaha dengan merancang untuk mengawalkan kalendar akademik persekolahan sesi 2024/2025 bermula pada bulan Februari 2025.

“Kalendar persekolahan dirancang dapat bermula pada bulan Januari ialah pada 2026,” katanya di Dewan Rakyat memetik laporan Astro AWANI.

Fadhlina (PH-Nibong Tebal) menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) meminta menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian bagi memastikan takwim persekolahan dipatuhi oleh semua pihak dan tahun berapa persekolahan dapat bermula awal Januari.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan