27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Bot tunda ditahan langgar syarat lesen, tiada dokumen sah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBUAH bot nelayan tempatan kelas B dalam keadaan mencurigakan ditahan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd. Hambali Ya’akup berkata, bot nelayan tersebut ditahan di kedudukan 4.6 batu nautika barat laut Pulau Talang, Perak pada sekitar pukul 11 pagi, semalam.

Katanya, tekong gagal mengemukakan dokuman pengenalan diri dan dokumen kebenaran penggunaan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran beroperasi kurang daripada lima batu nautika serta Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang diperakui.

Advertisements

“Kesemua nelayan ditahan sementara bot dan hasil tangkapan berserta peralatan menangkap ikan dirampas sebelum dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Kampung Acheh untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Mohd. Hambali berkata, pihaknya menasihatkan komuniti maritim supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan diambil.

“Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut boleh menghubungi Maritim Malaysia di talian Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-683 8737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan