30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Kapal kargo ditahan berlabuh tanpa kebenaran di Tanjung Karang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBUAH kapal kargo ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor kerana disyaki berlabuh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Karang, semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Selangor, Komander Maritim Mohd.
Sharenliza Ghazali berkata, penahanan dibuat hasil maklumat Area Control Centre (ACC) Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) Klang.

Katanya, Jabatan Laut Wilayah Tengah (JLWT) turut memaklumkan, kapal kargo itu tidak mempunyai kebenaran bersauh daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut.

“Kapal Maritim Malaysia diatur gerak ke lokasi seterusnya menahan kapal kargo yang tertera tanda nama ‘Transamerica’ pada badan kapal.

“Kapal itu difahamkan dari Mesir menuju ke Singapura bersama 23 kru lelaki
termasuk nakhoda berusia di antara 23 hingga 58 tahun, warga Rusia dan Ukraine yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements
Anggota Maritim Malaysia melakukan pemeriksaan ke atas kru kapal kargo yang berlabuh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Karang, semalam. – Edisi9/Maritim Malaysia

Mohd. Sharenliza berkata, pemeriksaan lanjut mendapati, nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh.

Jelas beliau, kapal kargo tersebut juga telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B (1) (l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana berlabuh tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Laut.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Perintah penahanan ke atas kapal tersebut telah dikeluarkan dan kapten serta seorang kru kapal telah dibawa ke ibu pejabat Maritim Selangor untuk siasatan lanjut,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan