26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Wanita Iran tidak bertudung boleh didenda RM300,000

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

WANITA yang tinggal di Iran boleh dikenakan hukuman denda sehingga 2.9 bilion riyal Iran (RM311,178) sekiranya tidak mematuhi undang-undang hijab baharu oleh pemerintah.

Memetik laporan MailOnline, setiap wanita diwajibkan memakai tudung kepala setiap kali berada di luar rumah.

Ahli Parlimen Iran, Hojjat ol-Eslam Hossein Jalali memaklumkan pelaksanaan hukuman denda itu merangkumi situasi wanita yang tidak bertudung semasa menaiki kenderaan, makan di restoran, di sekolah dan universiti serta di jalanan termasuk ruang awam lain.

Advertisements

Menurut Jalali, peraturan itu dimuktamadkan pelaksanaanya di negara republik itu selepas sebanyak 300 mesyuarat dengan Majlis Tertinggi Revolusi Kebudayaan dan Majlis Keselamatan Negar diadakan.

Undang-undang itu juga merupakan alternatif pemerintah untuk menguatkuasakan peraturan pemakaian hijab susulan kegagalan kaedah keras oleh ‘polis moral’.

Sebarang penyertaan dalam penentangan awam terhadap pemakaian hijab akan dikenakan hukuman berat seperti pendakwaan dan pemenjaraan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan