27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Malaysia, Iran gesa Israel hentikan kekejaman terhadap Palestin

Mesti Baca

MALAYSIA dan Iran menggesa supaya Israel segera menghentikan kekejaman yang dilakukan terhadap Palestin.

Perkara itu ditegaskan kedua-dua negara dalam pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Iran, Seyyed Ebrahim Raisi ketika Sidang Kemuncak Tergempar OIC Kelapan antara negara Liga Arab dan OIC bagi membincangkan serangan serta kekejaman berterusan Zionis Israel terhadap Palestin.

Beliau juga berharap, lebih banyak bantuan kemanusiaan dibawa masuk ke Palestin dan mahu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) memainkan peranan lebih besar, khususnya membabitkan isu kemanusiaan sejagat.

“Dalam pertemuan penuh bermakna ini, kami sebulat suara bersetuju supaya kekejaman Israel terhadap Palestin perlu dihentikan segera.

“Kami juga mendukung segala usul yang dibawa OIC, termasuk paling penting proses gencatan senjata oleh Israel dilakukan serta-merta,” kata Perdana Menteri di laman Facebook, hari ini.

Advertisements

Perdana Menteri berkata, dalam pertemuan itu juga, kedua-dua pihak menyatakan kesediaan untuk mempertingkat hubungan dua hala, termasuk dalam bidang ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi serta meneroka peluang kerjasama baharu.

“Presiden Iran menyambut baik langkah Malaysia untuk mempertingkat hubungan dua hala serta menyatakan Malaysia dan Iran sebagai dua negara yang berpengaruh, perlu memainkan peranan besar dalam dunia Islam.

“Dalam pertemuan ini, kami turut memanjangkan jemputan untuk mengadakan lawatan rasmi ke negara masing-masing,” katanya.

Perdana Menteri menyatakan, beliau turut mengulangi komitmen untuk mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) antara kedua-dua negara bagi memperhalusi pelbagai bidang kerjasama.

Pada 2022, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Iran berjumlah RM3.68 bilion, meningkat sebanyak 40.2 peratus berbanding 2021 dan kelapa sawit adalah produk utama perdagangan Malaysia dan Iran. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan