32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Simpan duit pecah rumah dalam akaun kakak, dua beradik ditahan

Mesti Baca

PENAHANAN dua beradik membongkar kegiatan jenayah pecah rumah yang dilakukan mereka di Beaufort, Sabah.

Dianggarkan keseluruhan kerugian membabitkan sejumlah RM78,000.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah, berkata suspek lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan di Kota Kinabalu pada 7 November lalu, manakala kakaknya ditahan sehari kemudian.

Beliau berkata, lelaki berkenaan disyaki terbabit beberapa kes pecah rumah dan ceroboh di daerah Beaufort dan Kota Kinabalu.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek disyaki terbabit kes pecah rumah di Beaufort pada 5 November lalu yang mengakibatkan kerugian wang tunai RM78,000.

Advertisements

“Dia disyaki memasukkan wang hasil jenayah itu ke beberapa akaun bank milik ahli keluarga,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, Rabu lalu, sepasukan anggota D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah dibantu pasukan serbuan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort menahan wanita lingkungan 30-an, iaitu kakak suspek kerana disyaki menggunakan akaun banknya untuk menerima wang daripada suspek.

“Rampasan wang tunai berjumlah RM30,320 berjaya dibuat sepanjang tempoh siasatan kes ini.

“Suspek wanita direman di IPD Beaufort selama tujuh hari bermula 9 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Suspek lelaki pula masih ditahan di IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut kes-kes pecah rumah di Kota Kinabalu,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan