25.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Pasangan maut kemalangan dirempuh remaja 16 tahun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PASANGAN maut kemalangan di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang, menghala ke Perai, awal pagi tadi, dirempuh sebuah kereta yang dipandu remaja berusia 16 tahun.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, kereta yang dipandu remaja tempatan terbabit dipercayai dalam perjalanan dari arah pulau menuju ke Perai dan disyaki telah melanggar belakang sebuah lori.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, akibat kejadian itu menyebabkan pemandu motokar terbabit hilang kawalan dan melanggar motosikal yang dinaiki seorang penunggang lelaki tempatan dan pembonceng perempuan tempatan yang masing-masing berusia dalam lingkungan awal 20-an.

“Kedua-duanya telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya yang mengesahkan kejadian itu menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Cheng San berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik di Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk dibedah siasat.

“Pemandu kereta terbabit yang mengalami kecederaan ringan telah ditahan reman selama sehari oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Abd Razak di talian 013-4774542 atau 04-5382222,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan