28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Verstappen sambar petak pertama GP Australia

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JUARA dunia, Max Verstappen akan memulakan saingan di petak hadapan dalam Grand Prix (GP) Australian esok selepas mencatatkan masa terpantas satu minit 16.732 saat dalam sesi kelayakan hari ini.

Dua pelumba Mercedes pula berada di belakang Verstappen apabila George Russell mencatatkan masa kedua terpantas ketinggalan 0.236s diikuti juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton dengan catatan satu minit 17.023s.

Keputusan ini merupakan sesuatu yang positif buat pasukan Mercedes selepas permulaan kurang meyakinkan bersama kereta baharu W14.

Rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez terpaksa bermula dari petak belakang esok selepas gagal merekodkan sebarang masa dalam sesi kelayakan akibat terbabas ketika sesi kelayakan ketiga.

Susunan pelumba bagi perlumbaan GP Australia di Albert Park esok. Foto: Formula 1

Sementara itu, Russell berkata dia agak kecewa gagal memintas catatan masa direkodkan Verstappen di pusingan terakhir sesi kelayakan.

Advertisements

“Kami tidak menjangkakan (keputusan) ini. Itu sudah pasti. Kerja keras di kilang (Mercedes) dan di Melbourne, satu sesi yang hebat untuk kami.

“Kereta ini ‘hidup’ kembali, pusingan berakhir tepat pada hadnya namun sejujurnya saya berasa sedikit kecewa kami gagal meraih petak pertama, katanya dipetik daripada portal Autosports hari ini.

Dalam pada itu, Russell berkata, sasaran boleh berubah sekelip mata dalam sukan permotoran tersebut.

“Ini adalah satu daripada apa yang anda harapkan berubah sekelip mata dalam sukan ini, kami mungkin gembira sekadar di kedudukan keempat teratas, atau lima teratas semalam.

“Namun kereta ini dirasakan sangat menakjubkan dan kami mampu berpotensi untuk pergi lebih jauh,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan