25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kamal Adli diserang di Singapura, Uqasha trauma

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELAKON, Kamal Adli diserang dengan cota oleh seorang lelaki warga Singapura ketika menyertai sebuah ekspo yang diadakan di negara jiran itu.

Kejadian malang itu dikongsikan isterinya, Uqasha Senrose di Instagram Story pelakon itu malam tadi.

Uqasha memaklumkan, kejadian itu berlaku sekitar pukul 10 malam ketika mereka sedang bergambar dengan peminat.

Secara tiba-tiba datang seorang lelaki menegur Kamal sebelum mengeluarkan cota daripada poketnya dan menyerang pelakon berkenaan.

Susulan itu, Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepala dan mungkin ditidurkan kerana perlu menjalani pembedahan akibat luka panjang di belakang kepala.

Advertisements

Laporan polis telah dibuat atas insiden yang berlaku.

Sementara itu, Uqasha meminta orang ramai mendoakan suaminya dan tidak memberikan komen yang negatif terhadap insiden itu.

“Suami saya kena pukul dengan orang Singapura. Saya sendiri tengok IC (kad pengenalan) dia. Tapi saya tidak cakap semua orang Singapura jahat ke apa.

“Lelaki yang libas suami aku pakai cota besi itu siuman. Kalau tidak ada benda elok atau baik hendak cakap, jangan cakap apa-apa. Suami aku berdarah depan mata aku, aku isteri, aku trauma, aku menggigil, tolong jangan komen benda bodoh,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan