26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

Kamal Adli stabil, Uqasha masih trauma

Mesti Baca

KEADAAN pelakon, Kamal Adli semakin stabil selepas menjalani pembedahan dan rawatan di sebuah hospital di Singapura.

Berkongsi keadaan semasanya menerusi Instagram, Kamal atau nama sebenar Ahmad Kamal Mohammad Adli mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya.

Bagaimanapun katanya, isterinya, Uqasha Senrose masih lagi trauma atas kejadian malang yang menimpa beliau.

“Kamal semakin stabli tetapi masih mendapatkan rawatan untuk tahan sakit, nanah dan lebam di bahagian badan dan dijaga oleh isteri saya.

“Terima kasih atas doa kalian khususnya artis-artis di tapak pameran dan juga orang-orang Malaysia dan Singapura yang tolong Kamal. 

“Cuma Kamal harap semua orang tolong jaga keselamatan kerana kita tidak tahu siapa suka atau benci kita. Doakan untuk isteri saya yang masih trauma pasal isu ini. Saya sayang isteri saya, yang ketuk saya seorang sahaja bukan satu Singapura, jangan gaduh-gaduh,” katanya hari ini.

Baca juga:   MTN lulus 4 perkara perhutanan dan perlombongan - PM

Pelakon berusia 36 tahun itu cedera di kepala selepas diserang individu tidak dikenali ketika sedang bergambar bersama peminat di sebuah acara ekspo di Singapura pada Ahad lalu.

Penjenayah yang merupakan lelaki berusia 33 tahun itu dituduh di mahkamah hari ini kerana disyaki terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya. – Edisi 9

Wartawan

Baca juga:   KKM rancang saring 13,000 pekerja Top Glove

Terkini

20 terbunuh, bas bawa jemaah umrah terbakar

SEBUAH bas yang membawa jemaah umrah terbakar selepas melanggar jambatan ketika menuju ke bandar suci Makkah. Insiden di wilayah Selatan...

Lagi Artikel Berkaitan