24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Saya dan PM tak ambil ganja – jelas Rafizi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Ekonomi, Rafizi Ramli menyatakan beliau tidak mengambil ganja susulan penghantaran bungkusan yang di alamatkan ke kementeriannya.

Beliau juga tidak tahu-menahu mengenai bungkusan ganja misteri yang turut dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.

Rafizi menyifatkan tindakan oleh individu yang tidak dikenali itu hanya ‘membuang duit’.

“Tak ada lah saya tak tengok pun, orang hantar ganja, polis ambil lah. Buang duit sahaja hantar ganja dekat saya, saya tak ambil ganja.

“Saya tak tahu, ia dihantar ke ofis di bawah alamat Perdana Menteri dan saya,” jelas Rafizi.

Tambahnya, beliau dan Perdana Menteri tidak mengambil ganja, sebaliknya menyerahkan siasatan kepada pihak polis.

Advertisements

“Kami berdua tidak ambil ganja, jadi saya rasa itu membazir. Sudah tentu ia dihantar ke balai polis,” jelasnya dalam sidang media Pemudah di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan daripada seorang petugas di kaunter pertanyaan Kementerian Ekonomi, Menara Prisma, Putrajaya mengenai bungkusan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, bungkusan terbabit mengandungi satu tiub ubat gigi bercorak daun ganja tertera tulisan ‘Happy Green’ dan ekstrak daun ganja dengan berat 80 gram di dalam satu lagi bungkusan kotak berwarna coklat.

Kes disiasat dibawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Setakat ini, Wan Kamarul Azran ketika dihubungi memaklumkan masih tiada tangkapan dibuat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan