26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

Hairi teruskan legasi UMNO Johor Bahru – Shahrir

Mesti Baca

KEJAYAAN Mohd. Hairi Mad Shah memenangi pemilihan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO minggu lalu merupakan kesinambungan legasi pemimpin dari Johor Bahru.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad berkata, UMNO bahagian Johor Bahru sejak zaman Tun Hussein Onn selaku ketua bahagian berdiri teguh dan dihormati dalam persada politik nasional.

Beliau berkata, kesinambungan itu dicipta atas titik peluh mereka sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada pemimpin tertinggi atau individu tertentu.

“Kami mempunyai suara dan pendirian sendiri dan tidak terikat atau bernaung secara langsung dengan politik tokoh-tokoh tertentu. Tidak perlu kepada ‘cable’ politik.

“Nama baik UMNO Johor Bahru ini dikekal dan diteruskan oleh saya sendiri dan juga Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Kerana itu, kami menyambut baik kemenangan Hairi selaku Naib Ketua Pemuda UMNO. Jawatan ini akan mengekalkan suara dan kekuatan sendiri UMNO Johor Bahru dalam politik negeri dan negara,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Baca juga:   Isham Jalil boleh senyum lebar, barisi jawatan MKT

Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 menyaksikan Mohd. Hairi menang tipis menerusi tiga undi selepas 87 bahagian memilihnya berbanding pencabar terdekat, Ikmal Hazlan Ikmal Hisham.

Mohd. Hairi akan bergandingan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr. Mohamad Akmal Saleh yang dipilih mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO selepas meraih majoriti mudah dengan 122 daripada 187 undi bahagian. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Bakar al-Quran: Tindakan keji, langgar kebebasan bersuara

TINDAKAN kumpulan pelampau di Denmark yang sengaja membakar pada bulan Ramadan disifatkan keji, tidak boleh diterima serta melanggar prinsip...

Lagi Artikel Berkaitan