32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Peras ‘scammer’ ratusan ribu, inspektor antara 6 ditahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PADAH peras ugut sindiket penipuan warga China berjumlah ratusan ribu ringgit, enam individu termasuk Inspektor ditangkap dipercayai terbabit dalam kes berkenaan baru-baru ini.

Difahamkan, kesemua suspek berusia 33 hingga 44 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.15 malam, Khamis lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penangkapan mereka susulan laporan polis dibuat seorang lelaki tempatan berhubung kes pemerasan oleh seorang pegawai polis dan lima anggota polis

“Mereka yang ditangkap terdiri daripada masing-masing seorang yang berpangkat inspektor, sarjan dan konstabel selain selebihnya adalah koperal.

“Peras ugut itu berlaku dalam satu serbuan yang dipercayai ada kegiatan scammer yang terdiri warga China.

“Kita tangkap kesemua anggota polis yang disyaki terlibat dalam aktiviti tersebut pada Khamis lalu iaitu hari sama laporan diterima polis,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Advertisements

Hussein berkata, nilai kerugian peras ugut adalah berjumlah RM150,000 menerusi beberapa transaksi seperti didakwa pengadu.

Bagaimanapun, Hussein memaklumkan hasil siasatan mendapati polis tidak menemui atau merampas sebarang barang kes iaitu wang tunai hasil daripada suspek-suspek itu.

“Mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat tempoh reman sebanyak dua kali sebelum ini. Kertas siasatan telah dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan pihaknya juga sedang melakukan siasatan lanjut terhadap pengadu dan kumpulannya yang berkemungkinan terlibat dalam aktiviti penipuan itu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan