26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

Suspek serang Kamal Adli di Singapura dituduh hari ini

Mesti Baca

SEORANG lelaki yang menyerang artis Malaysia, Kamal Adli dalam kejadian di Singapura akan dihadapkan ke mahkamah negara itu hari ini.

Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan berkata, lelaki berusia 33 tahun itu akan dituduh di mahkamah kerana disyaki terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya.

“Jika sabit kesalahan, kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman itu,” katanya.

Sebelum itu, SPF berkata, pihak polis menerima panggilan tentang satu kes di Singapore Expo pada 9.19 malam hari Ahad (Mac 12) di mana suspek telah memukul seorang lelaki berusia 36 tahun menggunakan cota di lokasi itu.

“Cota itu dirampas dan dijadikan barangan kes dengan siasatan masih diteruskan,” kata SPF dalam kenyataan.

Baca juga:   Israel 'koyak' diserang 'tentera bawang' dari Malaysia

SPF berkata, ia mengamalkan toleransi-sifar terhadap apa-apa tindakan keganasan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang.

Kamal, 36, yang mengalami kecederaan terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di republik itu.

Kamal dan isteri Uqasha Senrose berada di Singapura bagi acara Hari Raya Mega Sale 2023 selama tiga hari bermula Jumaat yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo.

Menurut Uqasha, kejadian berlaku di akhir acara itu tetapi tidak memberikan butiran apa yang menyebabkan suaminya itu diserang. – BERNAMA

Baca juga:   5,097 kes harian direkodkan dalam tempoh 24 jam

Wartawan

Terkini

Pukul pemandu lori: 2 suspek kena tangkap, seorang masih diburu

DUA lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes pukul seorang pemandu lori kontena  yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan seorang...

Lagi Artikel Berkaitan