26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

Uqasha kesal dituduh ‘pembuli’ oleh rakan sekolah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PELAKON Uqasha Senrose sekali lagi terpaksa berdepan dengan dugaan selepas insiden suaminya, Kamal Adli yang juga seorang dipukul individu yang tidak dikenali ketika sesi bertemu peminat di Expo Singapura.

Kali ini pelakon berkenaan dituduh sebagai seorang ‘pembuli’ ketika zaman persekolahan oleh individu yang dipercayai mengenalinya.

Menerusi ciapan Twitter, Uqasha terkejut dan trauma dengan dakwaan diberikan, lebih lagi ketika kes insiden suaminya, Kamal Adli dipukul masih belum selesai.

“Allahuakbar, Masya-Allah, Subhanallah. Selepas apa yang terjadi kepada saya dan suami, ada pula memfitnah saya sebagai pembuli.

“Dengan satu gambar saya sudah dicop sebagai pembuli. Siapa tengah buli mental siapa? Dan gambar itu siapa yang ceria?

“Dalam keadaan begini, lebih baik saya fokus dengan suami dan diri. Saya masih dalam keadaan terkejut dan trauma apabila difitnah sebagai pembuli,” tulisnya.

Terdahulu, seorang individu di Twitter mendakwa dibuli pelakon drama Setia Hujung Nyawa dan Rindu Awak Separuh Nyawa itu ketika zaman sekolah menengah sehingga terpaksa berpindah sekolah.

Baca juga:   Kamal Adli diserang di Singapura, Uqasha trauma

Sebagai mempertahankan dirinya dari terus difitnah, Uqasha tampil membalas ciapan individu berkenaan dan menyatakan hasratnya untuk berjumpa, selain menyerahkan segala maklumat untuk polis membuat siasatan.

“Kepada anda yang sudah menabur fitnah, saya akan berjumpa anda. Jangan risau segala maklumat mengenai peribadi anda polis akan jalankan siasatan.

“Allah Maha Besar. Anda boleh sekat saya dalam media sosial, tetapi segala bukti perbualan kami dah dapat. Dunia ini kecil,” katanya.

Baca juga:   Pemandu lori cedera, dihempap kontena jatuh jejambat

Sementara itu, warga Twitter turut melahirkan rasa simpati atas apa yang berlaku ke atas Uqasha.

Warga Twitter dikenali dosa lalu berkata, kesian sha, dugaan demi dugaan. Takpelah sha dugaan tanda Allah sayang. Semoga sha kuat menghadap ujian ini.

“Ya Allah kenpa la dengan orang sekarang nie..sepatutnya doa yang baik-baik bukan cakap yang bukan-bukan.

“Berat dugaan yang qasha terima, semoga ada hikmah disebaliknya dan dipermudahkan segala urusan,moga Kamal cepat sembuh,”ujar CT Penang.

Terdahulu, Kamal diserang oleh individu yang tidak dikenali ketika sesi bertemu peminat di Expo Singapura.

Dalam kejadian itu, Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan selepas diserang seorang lelaki berusia 34 tahun menggunakan cota besi.

Kamal kemudian dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan menjalani pembedahan. – Edisi 9

Baca juga:   KKM sahkan tiada pengedar air zam zam di Malaysia

Wartawan

Terkini

Bakar al-Quran: Tindakan keji, langgar kebebasan bersuara

TINDAKAN kumpulan pelampau di Denmark yang sengaja membakar pada bulan Ramadan disifatkan keji, tidak boleh diterima serta melanggar prinsip...

Lagi Artikel Berkaitan