30 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023

RUU kesalahan menghendap dibentang di Dewan Rakyat

Mesti Baca

RANG Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023, bertujuan memasukkan peruntukan kesalahan menghendap dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Ia dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 itu bertujuan memasukkan seksyen baharu 507A ke dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan menghendap.

Seksyen itu menyebut sesiapa yang berulang kali dengan apa-apa tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan, atau mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan, merisaukan, menakutkan atau mencemaskan akan keselamatan orang itu, melakukan kesalahan menghendap.

Menurut rang undang-undang itu, sesiapa yang melakukan kesalahan menghendap boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Turut dibentangkan, Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023 yang antara lain bertujuan meminda Jadual Pertama kepada Akta 593 berbangkit daripada kemasukan kesalahan baharu menghendap ke dalam Kanun Keseksaan.

Baca juga:   Sekuriti makanan: Nak jala ikan dapat basikal - Mat Sabu

Bacaan kedua bagi kedua-dua rang undang-undang itu dijadual dibentang pada sidang kali ini. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

Pemimpin, ahli UMNO perlu kerjasama kukuhkan semula parti

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengajak seluruh ahli keluarga besar UMNO membaiki hubungan di atas kekhilafan...

Lagi Artikel Berkaitan